Melaka guna sistem i-Cycle untuk mengatasi masalah pembuangan sampah

Sampah merupakan antara masalah global termasuk di Melaka. Jika dahulu penduduk Krubong merungut tentang lambakan sampah yang melalui jalan besar lebuhraya SPA kini ia tidak lagi selepas tapak pelupusan telah berpindah di Sungai Udang.
Namun ia mungkin akan memberi kesan pada penduduk di kawasan setempat pula. Kerajaan Negeri Melaka yang mengalakkan inovasi hijau telah menggunakan konsep ‘buang sampah dan tebus ganjaran’.

Sistem yang dinamakan Sistem iCycle ini adalah salah satu langkah Kerajaan Negeri untuk mendidik masyarakat mengamalkan penjagaan alam sekitar yang lebih efisiesn selain mengalakkan masyarakat untuk mengasingkan sisa pepejal sekaligus mengekalkan status negeri Melaka sebagai negeri bandar teknologi hijau.
Inisiatif ini dimulakan menerusi Lembaga Perumahan Melaka (LPM) bersama Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) bagi melaksanakan projek tersebut melalui sistem i-Cycle.

Ketua Menteri dalam kenyataannya berkata “Sistem iCycle mengeunakan kaedah pengekodan kod bar untuk mengenal pasti pengguna yang melakukan transaksi tersebut dapat dikesan. Sebanyak 36 jenis barangan kering yang boleh dikitar semula dibahagikan kepada lapan kategori termasuk mentol. plastik, logam, kertas, barangan elektik, barangan komputer dan bekas makanan serta minuman”.

Program i-Cycle di PPR Krubong yang disempurnakan oleh YB ADUN Paya Rumput

Ujarnya. teknologi yang ini turut menyediakan ganjaran dalam bentuk kewagan dan pertukaran barang sebagai pemangkin bagi mengalakkan penggunaan sistem itu secara berterusan. Selain itu melalui sistem ini, pemantau data sampah dapat dinilai oleh pihak Kerajaan Negeri dengan kerjasama syarikat. Ini kerana pihak syarikat mempunyai maklumat mengenai jenis sampah yang dibuang, trend dan sebagainya. Ia dapat mengurangkan kuantiti pembuangan sampah di tapak pelupusan kerana pihak iCycle telah mengasingkan ia untuk digunakan semula.

“Penduduk setempat boleh membuang sampah kitar semula ke dalam tong khas atau iCycle Bin dan boleh mengumpul mata serta menebus ganjaran. Mereka boleh menyemak mata terkumpul dalam laman web yang disediakan oleh pihak i-Cycle”.

Projek yang juga telah disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri ketika kunjungan ke PPR Tehel ini telah digunapakai di dua Program Perumahan Rakyat (PPR) iaitu di PPR Tehel dan PPR Krubong. Selain di Melaka, projek ini juga telah digunapakai di kawasan pelancongan seperti di Pulau Pangkor serta di Rembau, Negeri Sembilan.

Majlis Menandatangani Perjanjian (MoU) Usaha Sama projek antara Lembaga Perumahan  Melaka dan Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) telah diadakan pada 16 Ogos 2017 di Seri Negeri..

Dalam
Sumber :- Melaka Hari Ini

Tahniah kepada Kerajaan Negeri yang nampaknya mengambil langkah baik untuk menjaga persekitaran bagi generasi akan datang. Semoga negeri Melaka akan kekal bersih serta meneruskan usaha-usaha menjaga kehijauan bumi Melaka ini.

2 thoughts on “Melaka guna sistem i-Cycle untuk mengatasi masalah pembuangan sampah”

  1. lepas dari pembersihan sungai melaka untuk dijadikan tarikan melaka nightcruise, ada pulak sistem icycle nih, tak lama lagi melaka boleh jadi negeri bersih yang hebat

    Reply

Leave a Reply to Dila Cancel reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.