Melaka destinasi ke-2 popular di Malaysia

Melaka, negeri pelancongan merupakan destinasi kedua yang paling popular di kunjungi di negara ini selepas Kuala Lumpur.
Catatan jumlah kedatangan pelancong di Melaka pada tahun 2017 mencecah sehingga 16.79 juta menunjukkan peningkatan sebanyak 3.15 peratus berbanding kehadiran pada tahun 2016.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) Datuk Mohamaddin Ketapi dalam kenyataannya yakin bahawa industri pelancongan Melaka mampu mencapai sasaran 17 juta pelancong pada tahun ini.
Beliau memberi kenyataan tersebut semasa merasmikan Sambutan Hari Muzium Antarabangsa Peringkat Kebangsaan 2018 di perkarangan Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan di sini, malam Isnin lalu.

Hadir sama, Ketua Menteri, Adly Zahari; Speaker Dewan Undangan Negeri, Omar Jaffar; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wira Roslan Ibrahim; Ketua Setiausaha, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Rashidi Hasbullah.

Yang turut hadir, Exco Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan merangkap Pengerusi Lembaga Pengarah Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM), Muhammad Jailani Khamis; Ahli-Ahli Exco Kerajaan Negeri, Ketua Pengarah Jabatan Muzium merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Muzium Antarabangsa Peringkat Kebangsaan 2018, Datuk Kamarul Baharin A. Kasim.

Diikuti Pengurus Besar PERZIM, Datuk Khamis Abas dan Ketua Pengarah Jabatan Muzium, Datuk Kamarul Baharin Kasim.

Sambutan Hari Muzium Antarabangsa Peringkat Kebangsaan 2018 dengan tema ‘Jaringan Muzium Pendekatan Baharu Sasaran Baharu’ kini berlangsung di perkarangan Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan bermula dari 21 hingga 29 Julai 2018 dimana terdapat pelbagai program diadakan seperti Pameran, Bengkel, Seminar, Sukan, Muzium Bersama Masyarakat, Muzium Berselawat, Museum Run dan Museum Treasuere Hunt melibatkan 37 muzium terdapat di negara ini.

Sumber :-Melaka Kini

Tahniah kepada negeri Melaka yang berjaya menjadi destinasi kedua popular di Malaysia. Tidak mustahil mampu mendapat tempat pertama sedikit masa lagi apatah lagi dengan banyak produk pelancongan baharu yang diperkenalkan oleh pihak kerajaan dan swasta.

Tags:

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *