Melaka bakal wujudkan Mini IJN

Anda pasti mengetahui tentang IJN atau Institut Jantung Negara. Institusi perubatan yang terkenal dengan kepakaran perubatan berkaitan jantung.
Melaka yang mempunyai banyak pusat perubatan dijangka akan mendapat satu lagi institusi perubatan. Dalam kenyataan Ketua Menteri, kerajaan negeri bercadang untuk mewujudkan Mini Institut Jantung Negara(IJN) bagi membantu ereja yang baru menjalani pembedahan jantung di Melaka.
Menurutnya, cadangan pembinaan Mini IJN itu akan melibatkan kos sebanyak RM100 juta dan dijangka mampu beroperasi dalam tempoh setahun setengah.

Tapak Mini IJN ini telah dikenalpasti di sebelah Park Land Kampung Enam Bachang yang berkeluasan 2.832 hektar. Jelasnya, dengan pembangunan Mini IJN tersebut akan menambah baik kawasan pinggir Sungai Melaka bersesuaian kawasan sekitarnya yang cantik, tenang dan haroni.

“Jika ada prorgam-progra melibatkan pembedahan dan sebagainya, ia boleh dilakukan di Mini IJN ini.
“Sekiranya tanah tersebut diperluaskan sehingga tanah kerajaan, kita akan pastikan anak-anak syarikat kerajaan terlibat sama dala usaha membantu merancakkan lagi pembinaan Mini IJN tersebut” katanya.

Video Kenyataan Rasmi YAB Ketua Menteri Melaka

Sumber : Melaka Hari Ini

Semoga impian ini dapat direalisasikan dengan sebenarnya. Kalau boleh ia boleh membantu golongan kurang berkemampuan untuk melakukan pembedahan kecil berkenaan jantung tanpa perlu pergi ke IJN di Kuala Lumpur yang sesak dan padat tu.
Mungkin juga ia boleh menjadi tarikan pelancongan kesihatan namun seeloknya kalau keutamaan kepada rakyat Melaka untuk mendapatkan khidmat perihal jantung.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *