MBMB guna aplikasi telefon pintar untuk bayar caj letak kereta

Melaka semakin maju ke hadapan dan kali ini Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah(MBMB) memperkenalkan aplikasi telefon pintar bagi kemudahan bayaran caj meletak kereta. Kaedah efisien ini dimulakan oleh MBMB bagi memastikan Melaka mengikut arus perkembangan terkini dalam menyampaikan perkhidmatan kepada pengguna.
Aplikasi yang dinamakan ‘Smart Parking Melaka‘ itu membolehkan pengguna membayar caj parkir kereta melalui telefon pintar tanpa melalui mesin bayar atau mempamerkan kupon letak kereta seperti sebelum ini.

Datuk Bandar MBMB, Datuk Zainal Husin memperkenalkan aplikasi Smart Parking Melaka kepada media

Menurut Datuk Bandar MBMB, Datuk Zainal Hussein, aplikasi tersebut boleh digunakan mulai 1 Januari 2018 dan merupakan PBT pertama di Melaka yang menggunakan aplikasi ini.Katanya, sistem ini dapat memanfaatkan sepenuhnya teknologi masa kini iaitu telefon pintar selain mampu meningkatkan kualiti dan kecekapan perkhidmatan serta petugas. Aplikasi Smart Parking Melaka ini boleh dimuatturun secara percuma di Google Play Store atau Apps Store serta berfungsi secara dwi bahasa bagi memudahkan pengguna.
Walaubagaimanapun, untuk tempoh peralihan ini kaedah tidak akan mengganti atau melupuskan sistem kupon sedia ada ,malahan ianya memberi pilihan yang lebih menjimatkan masa bagi pengguna.Usaha ini juga dapat mengurangkan masalah aduan pengguna berkaitan kesukaran mendapakan kupon.
Selain sukar mendapatkan kupon, terdapat juga isu kesilapan menggores kupon serta lambakan buku kupon yang sedikit sebanyak menjadi sisa buangan.
Dengan penggunaan aplikasi pintar ianya juga dapat mengurangkan penggunaan kertas selaras dengan imej Melaka selaku bandar Hijau.

Pembayaran bagi kaedah Smart Parking Melaka ini boleh menggunakan kad debit ataupun kad kredit. Melalui aplikasi ini juga pengguna akan menerima notifikasi dalam tempoh 15 minit sebelum tamat waktu meletakkan kenderaan bagi mengelakkan disaman penguatkuasa.Zainal memperkenalkan aplikasi tersebut kepada media di Perhimpunan Bulanan MBMB di Dewan Taming Sari pada Rabu lalu.
Kerjasama pintar ini terjalin menerusi kolaborasi antara MBMB dengan syarikat pengendali aplikasi panduan Emas.Kaedah ini dijangka akan memudahkan pengguna membayar caj parkir kenderaan di mana-mana lebih 13,000 petak letak kereta yang disediakan di kawasan pentadbiran MBMB dan juga Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ).
Tempoh peralihan dijangkakan dalam tempoh tiga bulan dari tempoh tamat kupon dan saman akan dikeluarkan jika melebihi tempoh ditetapkan oleh MBMB.

Semoga aplikasi ini akan menjadi pemangkin kepada kemajuan negeri Melaka. Walaubagaimanapun diharap ianya dipantau dengan baik oleh MBMB agar tiada isu kesilapan teknikal yang boleh menyebabkan pengguna membuat aduan. Selain itu pastikan juga aplikasi ini diperkenalkan dengan lebih meluas kepada media agar pengunjung terutama orang luar Melaka mengetahui tentangnya.

Kenyataan Datuk Bandar kepada media mengenai aplikasi Smart Parking Melaka

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *