MBMB Buka Laluan Alternatif Menjelang Aidilfitri

Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) akan membuka jalan alternatif susur kemluar sementara di Jalan Melaka Sentral bagi kemudahan pengguna kenderaan menjelang Aidilfitri ini.

Datuk Bandar MBMB, Datuk Zainal Abu berkata laluan susur keluar itu akan dibuka 16 hingga 18 Ogos ini selama 24 jam. Laluan berkenaan dibuka bagi kenderaan kecil dan lori serta pengangkutan awam sahaja manakala bas ekspress tidak dibenarkan masuk.

Selain itu, penggunaan tiket parking perlu digunakan tanpa menggunakan pagar bayaran automatic dan papan tanda di pasang seperti di dalam pelan (rujuk pelan gambar di bawah)..

Pemasangan kon di Lebuh AMJ sepanjang 200 meter termasuk ‘blinker’ turut digunakan manakala kerja-kerja pemunggahan barang di Bazar Mydin bermula 1.30 petang dan 11 malam sehingga 6 pagi. Beberapa tiang ‘bollard’ dan ‘kerb’ yang dipasang oleh pihak operator parking akan dibuka dan dipasang semula oleh MBMB.

Selain itu, kerja-kerja mengecat garisan kuning di tepi jalan akan dilaksanakan oleh PIKL, MBMB termasuk menampal jalan-jalan rosak.

Zainal berkata, tempoh masa lampu isyarat dari Bachang ke Melaka Sentral akan dikurangkan dan tempoh masa lampu isyarat dari Melaka Sentral ke Bachang akan dipanjangkan dan diawasi oleh bahagian penguatkuasa,.

Sumber :- Melaka Hari Ini Edisi 16 Ogos 2012

Satu usaha yang baik dari MBMB memandangkan laluan di Jalan Melaka Sentral itu sentiasa sibuk terutama pada bulan Ramadhan dan menjelang raya. Ini kerana ianya merupakan kawasan tumpuan bagi pengangkutan awam untuk membawa penumpang pergi atau balik kampong pada Hari Raya. Selain itu, kawasan terbabit mempunyai Bazar Ramadhan berhampiran yang mempunyai ramai pengunjung seperti Bazar Ramadhan Taman Cempaka dan Bazar Ramadhan di TESCO.

Mungkin dengan laluan alternatif ini dapat membantu mengurangkan kesesakan jalanraya di laluan Jalan Melaka Sentral itu.

Lihat pelan laluan alternatif yang dikeluarkan oleh MBMB.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *