Mawi dilantik duta Melaka Privilege Card

Artis terkenal, Mawi telah dilantik menjadi sebagai Duta Melaka Privilege Card (MPC) iaitu sebuah produk usaha sama kerajaan negeri Malak yang menyediakan pelbagai manfaat menarik kepada ahli dan peniaga.
Menurut Pengarah Melaka Privilege Sdn Bhd(MPSB) Aida Nurul Ashikin Baharuddin, pelantikan Mawi sebagai duta produk ini adalah bersesuaian dengan populariti Mawi yang cukup dikenali serta mempunyai perwatakan yang sesuai untuk menjadi ejen promosi.

Malah dengan pelantikan ini, akan membantu meningkatkan dan merancakkan lagi sektor perniagaan, industi pelancongan dan hiburan di Melaka khususnya. Menurut Pengarah MPSB, Datuk Mohd Yusoff Mahadi, perkhidmatan dan produk yang diperkenalkan oleh MPC dapat membantu usahawan industri kecil dan sederhana (IKS) di negeri ini untuk meningkatkan lagi pemasaran produk mereka.
Medium yang diperkenalkan oleh MPC ditawarkan secara percuma dan produk mereka boleh diperkenalkan atau diiklankan secara meluas bukan sahaja di negeri Melaka malahan seluruh dunia.

Menurut Mahadi, seramai 22 usahawan telah mendaftar dengan MPC bagi mendapatkan manfaat serta kemudahan yang ditawarkan. MPTC mensasarkan untuk melibatkan lebih dari 1,300 usahawan bagi menyertai program ini dalam tempoh setahun ini.
Dengah hanya bayaran RM15 setahun, ahli MPC akan menerima kad keahlian, aplikasi MPC dan menikmati diskaun dan manfaat lain yang menjimatkan.

Setakat ini, ahli MPC boleh menikmati pembelian barangan terpilih pad aharga borong serta mendapat diskaun menarik di semua Pasaraya Mydin seluruh negara, Asam Pedas Selera Kampung, Bayou lagoon Park Resort, Hot Spring Bemban Jasin, MITC Hotel, Hotel Seri Malaysia dan Melantak Steak Hub.
MPC juga membuka keahlian berbayak kepada pelancong dan penduduk dengan menyediakan pelbagai manfaat menarik termasuk perkhidmatan kerajaan, pendidikan, membeli belah, tempat penginapan dan perkhidmatan pengangkutan.

Ahli MPC boleh melakukan transaksi melalui kad ataupun melalui aplikasi Telefon Pintar (MPC app). Selain manfaat diskaun pada premis terpilih, terdapat pemberian perkhidmatan atau produk yang ditambah nilai, pengumpulan mata transaksi dan hadiah serta penyaluran informasi, pengiklanan yang baik.
Bagi syarikat swasta dan peniaga mereka akan mendapat manfaat sumber pendapatan baru serta menerima keuntungan komisen selain mendapat promosi percuma melalui penyenaraian perniagaan di dalam portal/app MPC.

Untuk mendapatkan Melaka Privilege Card, sila ke alamat berikut :-
Pejabat Urusan MPC
No 31-2, Jalan AKP 1, Taman Ayer Keroh Permai
75450 Melaka

Tel : 06-2313511
Emel : melakaprivilege@gmail.com
Website : http://www.melakaprivilegecard.com.my
Facebook :- https://www.facebook.com/melakaprivilegecard/

Satu inisiatif yang baik oleh pihak syarikat cuma diharap ianya berterusan kerana sebelum ini ada juga projek sebegini namun tidak berjalan seperti yagn sepatutnya.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *