MAPEX 2017 di Mahkota Parade pada 28-30 Julai

Program Ekspo Hartanah Malaysia (MAPEX) peringkat negeri Melaka 2017 akan diadakan pada 28 hingga 30 Julai 2017 bertempat di Mahkota Parade.
Program bagi memberikan peluang terutama Bumiputera Melaka diadakan bagi memperkenalkan projek rumah baharu serta memberikan harga istimewa kepada pembeli berkelayakan.

Menurut Pengerusi Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) Cawangan Melaka, Datuk Seri Ngoh King Hua, pameran ini bertemakan ‘ Ekspo Hartanah dan Perumahan Khas Untuk Bumiputera Melaka‘. Tema ini bertujuan untuk menumpukan projek-projek Bumiputera yang masih belum habis dijual bagi hartanah di negeri Melaka. Ia dilihat dapat memberikan peluang kepada golongan Bumiputera untuk mendapatkan rumah harga menarik menerusi 30 projek perumahan yang melibatkan 15 pemaju perumahan.

Program MAPEX kali kedua bagi tahun ini dilihat mampu memberikan impak positif kepada status pemilikan hartanah golongan Bumiputera di negeri Melaka. Selain pemaju perumahan, terdapat juga pihak institusi kewangan yang terlibat bagi memberikan nasihat serta panduan mengenai pembelian rumah serta memperkenalkan produk masing-masing.

Dalam pameran tersebut sebanyak 1,944 unit rumah status pemilikan Bumiputera dan bukan Bumiputra ditawarkan iaitu pangsapuri, banglo, rumah berkembar dan rumah teres yang bernilai hampir RM835 jual.
Menerusi pameran tersebut, pengunjung juga boleh mendapatkan maklumat terkini mengenai harga pasaran rumah yang akan dijual di sekitar kawasan mereka.
Antara pemaju yang akan menyertai pameran tersebut adalah Teladan Setia Sdn Bhd, Scientex Heights Sdn. Bhd, PDG Property Sdn. Bhd, Teobros Development Sdn Bhd dan GJH Properties Sdn Bhd.

REHDA menjangkakan 10,000 pengunjung akan terlibat dalam pameran selama tiga hari yang bermula dari pukul 10 pagi hingga 10 malam.
Kepada pembaca MelakaCool yang masih belum memiliki rumah, datanglah ke pameran MAPEX yang menjanjikan rumah-rumah kediaman di Melaka pada harga yang mampu dimiliki.
Rebutlah peluang dan dapatkan maklumat bagi menambahkan aset milik anda.
Harga serendah RM42,000 dari 1,264 unit kuota Bumiputera termasuk 774 unit yang masih dalam pembinaan ditawarkan. Ini peluang terbaik bagi Bumiputera di Melaka.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *