Malaysia Cub Prix 2017 di Jasin Bestari

Sebentar tadi baru je tamat acara sukan permotoran yang cukup diminati oleh rakyat Malaysia. Jarang sekali acara permotoran diadakan di kawasan Jasin dan pada tahun ini kalendar sukan permotoran memasukkan bandar Jasin Bestari sebagai venue untuk acara Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS.
Saingan yang telah berlangsung pada 5 dan 6 Ogos lalu merupakan kejohanan pusingan keenam bagi Kejuaraan permotoran yang menampilkan motosikal jenis Cub itu.

Litar yang diadakan di kawasan komersial Jasin Bestari itu telah mendapat sokongan dari peminat yang cukup ramai. Pihak penganjur bekerjasama dengan Majlis Perbandaran Jasin bagi memastikan acara sukan itu berlangsung dengan baik.
Acara sukan tersebut juga dihadiri oleh YAB Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ir Idris bin Hj Haron, YB Ahli Parlimen Jasin, Datuk Seri Hj Ahmad bin Hamzah, Timbalan EXCO Pelancongan Negeri, YB Datuk Ghazalee Ahmad serta Ahli Dewan Undangan Negeri Bemban, YB Datuk Ng Choon Koon.

cub prix jasin
YAB Ketua Menteri Melaka bersama para pemenang Cub Prix Malaysia di Jasin Bestari

Penyampaian Piala Kejuaraan disampaikan oleh Ketua Menteri Melaka serta wakil EXCO kerajaan negeri sebagai tanda sokongan kerajaan negeri dalam bidang sukan permotoran di negeri Melaka.

Dalam kejuaraan tersebut banyak acara dipertandingkan iaitu dalam kategori CP150, CP115, WIRA, Petronas Sprinta Pro-Am Cup, Honda Wave Alpha Challeng, Yamaha PETRONAS Super Series dan Yamaha NVX Challenge. Selain itu terdapat juga media seperti TV1, HotFM dan RadioMelaka yang memeriahkan lagi kejohanan tersebut.
Kami di Melakacool berkesempatan untuk menghadiri majlis ini dan mendapati sambutan penonton cukup menggalakkan cuma dari segi parking agak sukar. Namun melalui kerjasama pihak berkuasa termasuk penguatkuasa Majlis Perbandaran Jasin, program ini berjalan dengan lancar sekaligus membuka lembaran baru dalam arena sukan permotoran Malaysia.

cub prix jasin bestari
Acara Cub Prix yang berlangsung sengit

Semoga ia mampu berterusan di kejohanan akan datang. Cuma tak pasti sekiranya venue ini sesuai di Jasin Bestari pada masa akan datang sekiranya penduduk kawasan berhampiran telah menduduki rumah tersebut. Kalau diikutkan pada masa sekarang memang kawasan litar tu diadakan di kawasan komersial yang masih banyak kosong dan kawasan perumahan berhampiran belum diduduki sepenuhnya.
Mungkin pihak berkaitan boleh mencari lokasi yang sesuai dan kami juga tertanya kenapa Litar Antarabangsa Melaka sediada di Ayer Keroh tidak digunakan. Adakah sudah menjadi projek GAJAH PUTIH ? Mungkin ada pihak yang boleh menjawab persoalan kami ini.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *