Maklumat Mengenai Melaka Tengah Yang Patut Anda Tahu

Jika sebelum ini Melakacool telah menulis mengenai dua daerah di Melaka iaitu daerah Jasin dan daerah Alor Gajah, untuk artikel kali ini maklumat daerah Melaka Tengah pula untuk dikongsikan di Melakacool.

peta-melaka-tengah

Daerah Melaka Tengah merupakan daerah termaju antara 3 daerah di Melaka dimana ianya terletak ditengah-tengah Melaka.  Bandaraya Melaka juga terletak di daerah Melaka Tengah. Selain bandaraya Melaka, terdapat beberapa bandar dan pekan seperti Bukit Baru, Ayer Keroh, Ayer Molek, Batu Berendam, Banda Hilir, Bukit Beruang, Tangga Batu, Tanjong Kling, Paya Rumput, Klebang  dan Sungai Udang. Daerah Melaka Tengah merangkumi 29 mukim. Antara mukim-mukim yang terdapat di Melaka Tengah adalah :-

  1. Mukim Alai
  2. Mukim Ayer Molek
  3. Mukim Bachang
  4. Mukim Balai Panjang
  5. Mukim Batu Berendam
  6. Mukim Bertam
  7. Mukim Bukit Baru
  8. Mukim Bukit Katil
  9. Mukim Bukit Lintang
  10. Mukim Bukit Piatu
  11. Mukim Bukit Rambai
  12. Mukim Cheng
  13. Mukim Duyong
  14. Mukim Ujong Pasir
  15. Mukim Kandang
  16. Mukim Klebang Besar
  17. Mukim Klebang Kechil
  18. Mukim Krubong
  19. Mukim Padang Semabok
  20. Mukim Padang Temu
  21. Mukim Paya Rumput
  22. Mukim Pringgit
  23. Mukim Pernu
  24. Mukim Semabok
  25. Mukim Sungei Udang
  26. Mukim Tangga Batu
  27. Mukim Tanjong Kling
  28. Mukim Tanjong Minyak
  29. Mukim Telok Mas

Pusat Pentadbiran Melaka Tengah

Pentadbiran di daerah Melaka Tengah bagi Pihak Berkuasa Negeri terletak di Pejabat Daerah dan Tanah Melaka Tengah manakala bagi Pihak Berkuasa Tempatan terbahagi kepada 2 kawasan iaitu Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya dan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah.

wisma-negeri
Pejabat Tanah dan Daerah melaka Tengah terletak di dalam bangunan Wisma Negeri

Kawasan Pentadbiran daerah Melaka Tengah terletak di kawasan Ayer Keroh. Bagi Pejabat Daerah dan Tanah Melaka Tengah ianya terletak di kawasan Pentadbiran di Bangunan Wisma Negeri, Hang Tuah Jaya, MITC manakala Pentadbiran MBMB di Graha Maju Ayer Keroh dan MPHTJ di Melaka Mall, Ayer Keroh.

Pengangkutan Awam di Melaka Tengah

Daerah Melaka Tengah merupakan daerah tumpuan dan mempunyai kelengkapan pengangkutan awam yang terbaik antara daerah lain. Melaka Sentral iaitu pusat perhentian bas dan teksi utama di Melaka terletak dalam daerah ini. Di Melaka Sentral terdapat perhentian bas untuk syarikat pengangkutan awam bagi bas ekspress,bas henti-henti serta kemudahan teksi .Ia lengkap dengan kemudahan seperti tandas,surau, mesin ATM, kedai-kedai makan dan sebagainya.

Di daerah Melaka Tengah juga terletaknya Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka(LTAM) di Batu Berendam. Walaupun ianya tidak mempunyai untuk lapangan terbang komersial namun kerajaan sedang berusaha untuk menjadikan LTAM ini sebagai pusat lapangan terbang yang mampu menurunkan ramai penumpang tanpa perlu ke KLIA.

Selain itu dalam kenyataan YAB Perdana Menteri ketika lawatan Kerja ke Melaka pada 21 April 2017 , beliau telah mengumumkan pembinaan laluan keretapi laju akan singgah di daerah Melaka Tengah pada masa hadapan.

Lokasi Tumpuan di Melaka Tengah

Daerah Melaka Tengah merupakan daerah yang paling menjadi tumpuan di Melaka. Lokasi kemasukan Lebuhraya Utara Selatan, Ayer Keroh sering dilalui jutaan kenderaan terutama pada hujung minggu. Berikut merupakan 10 lokasi tumpuan di daerah Melaka Tengah :-

  1. Zoo Melaka, Taman Mini ASEAN, Taman Buaya di Ayer Keroh Melaka
  2. Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka di MITC, Melaka
  3. Kota A Famosa di Banda Hilir Melaka
  4. Universiti Teknikal Malaysia Melaka di Ayer Keroh, Melaka
  5. Taman Botanikal Melaka di Ayer Keroh, Melaka
  6. Bayou Lagoon Bukit Katil, Melaka
  7. Coconut Shake dan Kuih Keria Antarabangsa di Klebang, Melaka
  8. Hospital Melaka di Bukit Baru, Melaka
  9. Stadium Hang Jebat, Paya Rumput, Melaka
  10. Pusat Transformasi Bandar (UTC) di Jalan Hang Tuah Bandar Melaka

MelakaCool menyenaraikan hanya 10 lokasi tumpuan namun sebenarnya ia lebih dari itu. Untuk maklumat lanjut, sentiasa ikuti MelakaCool.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *