Maklumat Mengenai Jasin Yang Patut Anda Tahu

Tahukah anda yang Melaka terbahagi kepada 3 daerah utama iaitu Melaka Tengah, Alor Gajah dan Jasin ? Adakah anda tinggal di Jasin atau lahir di sini? Mungkin anda masih tak mengetahui tentang Jasin. Untuk artikel kali ini, MelakaCool ingin berkongsi serba sedikit maklumat mengenai Jasin yang perlu diketahui oleh anda.

Daerah Jasin terletak di bahagian selatan daerah di Melaka dimana ia bersempadan dengan negeri Johor. Bukan sahaja Johor terdapat juga kawasan di daerah Jasin yang bersempadan dengan Negeri Sembilan. Malahan terdapat satu lokasi di Asahan, Jasin yang mempunyai persempadanan antara ketiga-tiga negeri tersebut.

Jasin merupakan daerah terbesar antara kedua-dua daerah di negeri Melaka dimana ianya meliputi hampir 40 peratus dari keseluruhan negeri iaitu sekitar 678 kilometer persegi.  Daerah Jasin mempunyai 20 mukim iaitu

  1. Ayer Panas
  2. Batang Melaka
  3. Bukit Senggeh
  4. Chabau
  5. Chinchin
  6. Chohong
  7. Bandar Jasin
  8. Jus
  9. Kesang
  10. Merlimau
  11. Nyalas
  12. Rim
  13. Sebatu
  14. Selandar
  15. Sempang
  16. Semujok
  17. Serkam
  18. Sungai Rambai
  19. Tedong
  20. Umbai

Pusat Pentadbiran  Di Jasin

Pentadbiran Di Jasin terletak di bawah bidang kuasa Pihak Berkuasa Negeri, Pejabat Tanah dan Daerah Jasin. Manakala bagi Pihak Berkuasa Tempatan pula terbahagi kepada 2 kawasan iaitu antara Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya dan Majlis Perbandaran Jasin.

Bandar Jasin Bestari

Di daerah Jasin terdapat Bandar Jasin yang terbahagi kepada 3 bahagian iaitu Jasin 1 dimana terdapat deretan rumah kedai dua tingkat binaan tahun 1920-an. Jasin 2 pula bangunan komersil yang dibina di kawasan Bandar di Jambatan Dato’ Senara yang menghubungkan bandar baru dengan bandar lama serta Jasin 3 yang terletak selepas Jambatan Dato’ Senara menghala ke arah Rim.

Selain itu, bandar baharu iaitu Bandar Jasin Bestari di Ayer Merbau dibina bagi memastikan pembangunan di Jasin lebih bersistematik. Bandar yang dibangunkan melalui agensi kerajaan negeri, Perbadanan Tanah Adat Melaka (PERTAM) ini merupakan pembangunan masa hadapan yang cukup berpotensi untuk penduduk sekitar Jasin dimana terdapat kawasan perumahan, perniagaan serta fasiliti yang mencukupi.

Selain bandar Jasin, terdapat beberapa pekan kecil seperti Pekan Batang Melaka, Pekan Selandar, Pekan Nyalas, Pekan Asahan, Pekan Bemban, Pekan Merlimau dan Pekan Sungai Rambai. Walaupun berstatus Pekan, namun pembaharuan telah dilakukan bagi mengubah imej pekan tersebut agar lebih moden sejajar dengan perkembangan terkini.

Pengangkutan Awam di Jasin

Jasin mempunyai satu pusat perhentian bas dan teksi yang dikenali dengan nama Jasin Sentral. Selain itu, di Batang Melaka terdapat sebuah stesen keretapi  KTMB untuk kegunaan penumpang.

stesen-keretapi-batang-melaka

Lokasi Tumpuan di Jasin

Jasin mempunyai lokasi-lokasi yang boleh dikunjungi. Antaranya :-

1) Muzium Pertanian yang terletak di Bandar Jasin

muzium-pertanian

2) Stadium Jasin yang terletak di Rim, Jasin

3) Bukit Batu Lebah, Bukit Senggeh, Jasin

4)Kolam Ayer Panas , Bemban, Jasin

5) Makam Tun Teja, Sempang, Merlimau, Jasin

6) Taman Ekstrem Chinchin, Jasin

7) Air Terjun Asahan, Asahan, Jasin

8) Empangan Jus, Jus, Jasin

9) Medan Ikan Bakar Umbai, Jasin

10) UiTM Jasin

Banyak lagi lokasi yang boleh dibahagikan samada pusat pelancongan, pusat rekreasi, pendidikan di kawasan Jasin. Mungkin Melakacool akan berkongsi pada masa akan datang.

Tagline ‘Jasin Daerah Lestari Bandar Bestari’.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.