Maklumat Mengenai Alor Gajah Yang Patut Anda Tahu

Sebelum ini Melakacool telah menulis artikel mengenai daerah Jasin dan kali ini giliran maklumat daerah Alor Gajah yang patut anda tahu .

Daerah Alor Gajah terletak di utara Melaka serta bersempadanan dengan Negeri Sembilan. Berdasarkan namanya ia mengambarkan kawasan Alor Gajah ini ada kaitan dengan laluan binatang liar, Gajah pada satu ketika dulu.

Peta Alor Gajah

Daerah Alor Gajah mempunyai tiga buah bandar utama serta 16 buah pekan-pekan kecil.  Tiga bandar utama adalah bandar Alor Gajah, bandar Masjid Tanah dan bandar Pulau Sebang. Keluasan daerah Alor Gajah dianggarkan sekitar 66,302 hektar (660 kilometer persegi)  yang merangkumi 31 buah mukim. Antara mukim-mukim yang terdapat di Alor Gajah ialah :

  • Lendu
  • Lubok China
  • Masjid Tanah
  • Ramuan Cina Kecil
  • Sungai Baru Tengah
  • Kuala Sungai Baru
  • Sungai Baru Hilir
  • Brisu
  • Bandar Alor Gajah
  • Tanjung Rimau
  • Padang Sebang
  • Belimbing
  • Parit Melana
  • Paya Rumput
  • Tampin
  • Pegoh
  • Kelemak
  • Taboh Naning
  • Melekek
  • Rambai
  • Rembia
  • Hutan Percha
  • Pulau Sebang
  • Tebong
  • Kemuning
  • Gadek
  • Machap
  • Melaka Pindah
  • Durian Tunggal
  • Sungai Petai
  • Sungai Baru Ulu
  • Beringin
  • Air Pa’abas
  • Sungai Siput
  • Ramuan Cina Besar
  • Sungai Buluh
  • Kuala Linggi
  • Kampung Paya Datuk
  • Melekek
  • Simpang Ampat

Pusat Pentadbiran di Alor Gajah

Pentadbiran di Alor Gajah terletak di bawah bidang kuasa Pihak Berkuasa Negeri, Pejabat Daerah dan Tanah  Alor Gajah manakala bagi Pihak Berkuasa Tempatan pula terbahagi kepada 2 kawasan iaitu antara Majlis Perbandaran Alor Gajah dan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya.

Bandar Alor Gajah merupakan bandar utama di kawasan Alor Gajah dimana pusat pentadbiran terletak di kawasan tersebut. Terdapat kawasan bandar lama serta pembangunan bandar baharu di kawasan tersebut.

Bandar Masjid Tanah merupakan kawasan bandar yang paling luas di daerah Alor Gajah. Kawasan ini mempunyai fasiliti yang baik serta berdekatan dengan kawasan pelancongan pantai di Melaka.

Bandar Pulau Sebang pula adalah bandar yang bersebelahan dengan Negeri Sembilan. Terdapat sempadan antara bandar Pulau Sebang dan bandar Tampin yang menunjukkan perbezaan kawasan pentadbiran.

Pengangkutan Awam di Alor Gajah

DI Bandar Alor Gajah terdapat satu perhentian bas dan teksi yang dikenali sebagai Alor Gajah Sentral. Selain itu, di Pulau Sebang terdapat jalan keretapi dimana terdapat perhentian di kawasan terbabit. Terdapat isu mengenai samada keretapi yang dikendalikan oleh KTM itu dibawah jajahan Melaka atau Negeri Sembilan.

Lokasi Tumpuan di Alor Gajah

Alor Gajah mempunyai lokasi-lokasi menarik yang boleh dikunjungi . Antaranya ialah :-

  1. Kolam Air Panas Gadek yang terletak di Gadek
  2. Pantai Pengakalan Balak di Masjid Tanah
  3. Medan Selera Menggong , Alor Gajah
  4. Balai Cerap Al-Khawarizmi di Tanjung Bidara
  5. A’Famosa Resort di Pulau Sebang
  6. Cape Rachardo Birds Sanctuary di Tanjung Tuan
  7. Muara Sungai Linggi, Kuala Linggi
  8. Rumah Datuk Naning di Taboh Naning
  9. Melaka Freeport Outlet
  10. Kota Belanda, Fort Supai di Kuala Linggi

Banyak lagi lokasi menarik di Alor Gajah yang boleh anda lawati bersama. Anda boleh merujuk Melakacool untuk mendapatkan maklumat selanjutnya

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *