Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri TYT Gabenor Melaka, Ketua Menteri dan Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka

Pada 1 Julai 2017 bersamaan 7 Syawal 1438 H telah berlangsung Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri TYT Gabenor Melaka, Ketua Menteri dan Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka.
Majlis yang berlangsung di Melaka International Trade Centre (MITC) telah diadakan bermula pada jam 8.00 pagi sehingga 4.00 petang.
Majlis Rumah Terbuka 3 pemimpin utama di Negeri Melaka ini memang unik kerana ia dilangsungkan selepas seminggu Syawal, berbeza dari sebelum ini. Kalau admin tak silap telah 3 tahun ianya dilangsungkan selepas hari raya.
Ini memberi peluang untuk para pengunjung terutama beragama Islam memeriahkan majlis kerana pada 1 Syawal kebiasannya mereka berhari raya di rumah sanak saudara.

Dikhabarakan juga bahawa hampir 40,000 orang pengunjung dari pelbagai lapisan kaum serta para pelancong menghadiri majlis tersebut. Pelbagai juadah disediakan dari sate, rendang, masakan goreng dan sebagainya. Makanan yang disediakan habis dijamah oleh para pengunjung.

majlis rumah terbuka
Pengunjung terdiri dari pelbagai bangsa memeriahkan majlis Rumah Terbuka Aidilfitri

Majlis tersebut juga memperlihatkan satu keunikan apabila terdapat pameran ringkas dari agensi swasta dan kerajaan seperti Melaka Wonderland, Zoo Melaka, Lembaga Perumahan Melaka, Pejabat Tanah dan sebagainya. Ia sekaligus memberi peluang untuk para pengunjung mendapatkan serba sedikit maklumat tentang agensi berkaitan.Selain itu terdapat replika rumah dan bangunan yang cukup menarik perhatian pengunjung. Ia menjadi lokasi wajib bagi mereka mengambil gambar kenangan yang sukar didapati di tempat lain.

replika rumah
Replika Rumah yang menjadi tumpuan pengunjung.

Bagi ibubapa pula terdapat tempat tumpuan kanak-kanak yang disediakan oleh pihak penganjur.
Permainan berbentuk pelampung menjadi kunjungan kanak-kanak yang seronok bermain disitu.

screen besar
Skrin Besar disediakan dalam dewan di MITC bagi memberikan peluang pengunjung melihat ucapan dan nyanyian dari YAB Ketua Menteri Melaka dan TYT Gabenor Melaka

Ramai pengunjung yang hadir dan kanak-kanak juga diberikan duit raya sambil ibubapa bersalaman dengan ketiga-tiga pemimpin utama Melaka itu.

majlis-aidilfitri melaka
Pengunjung bersalaman dengan TYT Gabenor Melaka, YAB DSU Ketua Menteri dan YB Datuk Seri SUK Melaka

YAB Ketua Menteri Melaka juga dengan cukup ‘sporting’ meluangkan masa menyanyi di pentas diikuti pula dengan TYT Gabenor Melaka sebagai penutup majlis perasmian.

Satu majlis Hari Raya yang cukup meriah dan berjaya dilaksanakan untuk meraikan Hari Syawal yang mulia ini. SELAMAT HARI RAYA SEMUA.

Untuk majlis Rumah Terbuka Aidilfitri 2017 di Melaka, anda boleh rujuk sini 

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.