Majlis Perbandaran Jasin berpindah ke Pejabat Baharu

Bagi penduduk di kawasan Jasin mengetahui lokasi Pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan yang terletak di kawasan Jasin Hilir. Kawasan yang berhampiran dengan Sekolah Kebangsaan Jasin, Klinik Kesihatan Jasin dan JKR Jasin  itu agak sempit .
Apatah lagi terletak di kawasan yang sibuk sedikit sebanyak menyukarkan penduduk setempat untuk melakukan transaksi di situ.

majlis-perbandaran-jasin
Bangunan Lama Majlis Perbandaran Jasin yang sempit terutama di kawasan letak kereta

Majlis Perbandaran Jasin telah membuat pengambilan tanah di kawasan Ayer Merbau, berhampiran Pejabat Polis Daerah Jasin untuk membangunkan pejabat baharu beberapa tahun lalu. Namun beberapa masalah teknikal merencatkan perancangan tersebut. Tidak berputus asa dengan masalah berkaitan, akhirnya Majlis Perbandaran Jasin berjaya menduduki bangunan baharu tersebut.
Bangunan yang dikenali sebagai Vista Alamanda telah beroperasi sepenuhnya sejak 16 Oktober lalu dimana bangunan ini mencatat sejarah sebagai bangunan kerajaan pertama yang mendapat sijil pengiktirafan Meterai Hijau Melaka (Melaka Green Seal) yang mempunyai ciri-ciri mesra OKU.
Dengan hampir 80 peratus binaan daripada kaca, Vista Alamanda mempunyai ciri pencahayaan semula jadi selain sistem penuaian air hujan dan lampu jimat tenaga.
Bangunan berharga RM15 juta itu mempunyai dua asas utama untuk diiktiraf sebagai Bangunan Hijau Melaka iaitu melalui sistem penjimatan tenaga dan penjimatan air dengan menyediakan sistem takungan hujan untuk kegunaan harian.

Majlis Perasmian Bangunan Baharu Majlis Perbandaran Jasin dihadiri oleh TYT dan YAB Ketua Menteri Melaka

Pada 16 November 2017 bangunan tersebut telah dirasmikan oleh Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Dr Mohd Khalil Yaakob serta dihadiri oleh YAB Ketua Menteri Melaka, EXCO Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Wira Ar. Ismail Otham dan Yang Dipertua Jasin, Shahdan Othman.

Selain majlis perasmian bangunan, terdapat acara perasmian Web Radio Jasin iaitu HitzJasin@MMU. Kontinya yang terletak di bangunan Vista Alamanda menempatkan ruang Deejay untuk bersiaran samada secara audio ataupun melalui sidang video.

Hitz Jasin
pelakon komedi, DIdie Alias turut memeriahkan acara Majlis Perasmian Hitz Jasin di Vista Alamanda

Ini merupakan satu lagi transformasi yang dilakukan untuk mengenengahkan kawasan Jasin dalam arus pembangunan di Melaka.Menariknya, MPJ juga menawarkan DISKAUN sehingga 75% bagi semua kompaun Penguatkuasa. Mereka yang dikenakan denda perlu hadir dengan membawa kompauan tertunggak atau membuat semakan terus dengan jabatan penguatkuasaan MPJ sebelum bayaran dimana tawaran ini sah sehingga 31 Disember 2017.

Warga Majlis Perbandaran Jasin bergambar kenangan bersama TYT, YAB Ketua Menteri Melaka serta VIP negeri Melaka

Dengan adanya bangunan baharu MPJ ini akan meningkatkan lagi daya saing PBT Jasin ini apatah lagi dengan pembangunan di daerah Jasin yang semakin pesat membangun. Pembangunan serta bandar Jasin Bistari, UiTM Semujuk, kawasan perindustrian Elkay di Lipat Kajang menjadi pemangkin bagi kawasan Jasin bertambah maju. MPJ selaku Pihak Berkuasa Tempatan di kawasan Jasin perlu mempunyai prasarana yang cukup baik terutama dari segi bangunan pentadbirannya.

Cuma diharap lepas ni janganlah pula cukai-cukai atau kompaun-kompaun dinaikkan secara mendadak pula.

Sumber Gambar : Facebook Majlis Perbandaran Jasin

Laman Web Majlis Perbandaran Jasin

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *