Majlis Perasmian Rumah Mampu Milik Merlimau

Melaka merupakan antara negeri yang sering mendapat perhatian di peringkat negara dalam pembangunan perumahan. Khazanah Research Institute(KRI), salah satu badan penyelidik pernah menyenaraikan Melaka sebagai negeri yang paling banyak menghasilkan rumah mampu milik.
Pengiktirafan lain seperti pembangunan perumahan terpantas juga telah mendapat anugerah dalam Malaysia Book Records. Ini membuktikan bahawa Melaka adalah negeri yang cukup baik dari segi pembangunan perumahannya.
Pembangunan Rumah Mampu Milik adalah inisiatif kerajaan Negeri melalui agensi badan berkanun negeri, Lembaga Perumahan Melaka yang menjalinkan kerjasama dengan pemaju perumahan di negeri Melaka.

Matlamat untuk memperbanyakkan perumahan mampu milik bagi memberikan peluang kepada rakyat Melaka amnya untuk memiliki rumah yang selesa dengan harga yang berpatutan. Pada 1 Oktober 2017 satu lagi pelancaran Rumah Mampu Milik telah diadakan. Majlis Rumah Mampu Milik Merlimau, Jasin, Melaka itu telah diadakan pada jam 11.40 pagi yang telah dirasmikan oleh YAB Datuk Seri Utama Ir.Haji Idris bin Haji Haron, Ketua Menteri Melaka.

rumah mampu milik merlimau
YAB Ketua Menteri Melaka memotong riben sebagai simbolik acara perasmian rumah contoh Rumah Mampu Milik Merlimau

Majlis yang dihadiri kira-kira 1,000 orang pengunjung itu juga dihadiri oleh Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Ar. Ismail bin Othman serta barisan-barisan kepimpinan di daerah Jasin. Terdapat booth pameran dari syarikat pemaju serta Lembaga Perumahan Melaka bagi menerangkan serta proses pendaftaran rumah mampu milik yang julung kali dibangunkan di kawasan Merlimau ini.

rmm-merlimau
Booth pemaju yang dikerumuni pengunjung untuk mendapatkan maklumat mengenai projek perumahan RMM Merlimau

Projek perumahan ini dibangunkan oleh pemaju perumahan tempatan, Wawasan Intact Properties Sdn Bhd yang mengandungi kira-kira 902 unit Rumah Teres setingkat dan 17 unit Kedai Mampu Milik. Pastinya ia akan memberi peluang kepada orang Melaka amnya untuk memiliki rumah sendiri. Harga yang ditawarkan adalah di bawah RM180,000. Rumah yang berkeluasan 1000 kaki persegi sekitar ( 22′ x 50′) ini mengandungi 3 bilik utama dan 2 bilik air. Ia terletak berhampiran kawasan Taman Merlimau Utara dan kawasan Kilang Berapi, Merlimau.

Dengan kawasan berhampiran dengan pusat pengajian, Politeknik Merlimau pastinya ia akan memberikan peluang untuk menjadikan Merlimau sebuah bandar yang pesat membangun setanding dengan bandar di negeri Melaka.

Pemaju dalam kenyataan dijangka akan dapat menyiapkan keseluruhan projek ini pada bulan Ogos 2018 iaitu kurang dari setahun dari majlis pelancaran. Pasti ini akan menjadi satu lagi titik sejarah bagi pembangunan perumahan terpantas yang bakal terlaksana di negeri Melaka.
Lokasi Projek

GPS :- 2.155705, 102.424069

Untuk keterangan lanjut sila hubungi :-

WAWASAN Intact Group

Ja 7621, Jalan IKS AP 1N
Taman IKS,77200 Bemban, Malacca
Phone: 06-521 9287
Email: info@wawasanintactgroup.com
Web: WawasanIntactGroup.com

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *