Majlis Perasmian Menara Persekutuan , Melaka oleh YAB Perdana Menteri Malaysia

Pada 8 Mac 2013 , YAB Perdana Menteri Melaka telah melakukan lawatan kerja ke Melaka. Pada lawatan tersebut terdapat banyak aktiviti yang dijalankan antaranya beliau menyaksikan pemeteraian perjanjian persefahaman (MoU) bagi pembinaan rumah mampu milik di bawah Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) antara Yayasan Melaka dan PR1MA Berhad. Projek tersebut yang mensasarkan rakyat berpendapatan sederhana di kawasan bandar di negeri ini bakal melibatkan kawasan berkeluasan 299.5 hektar di kawasan Parlimen Bukit Katil. Menurut Pengerusi PR1MA Datuk Seri Dr Jamaludin Jarjis, harga setiap unit rumah tersebut adalah 20 peratus lebih rendah berbanding harga pasaran.

majlis-tandatangan-PR1MA
Majlis Tandatangan MoU antara Pengerusi Yayasan Melaka, Datuk Seri Mohd Ali bin Rustam dan Pengerusi PR1MA Datuk Seri Dr Jamaludin Jarjis sambil disaksikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak

perasmian-medan-selera-naik-beca

YAB Perdana Menteri menaiki beca dari Bangunan UMNO, Jalan Hang Tuah ke Medan Selera Tun Ali

Selain itu, YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak juga berkesempatan untuk merasmikan medan selera Tun Ali seterusnya beramah mesra dengan pengunjung medan selera tersebut dengan menaiki beca dari Jalan Hang Tuah. Medan selera yang telah digunakan sejak tahun lepas itu menempatkan pelbagai usahawan makanan yang terdiri dari pelbagai bangsa. Perdana Menteri juga meluangkan masa untuk menjamah juadah nasi campur di salah sebuah gerai di situ.

medan-selera-tun-ali

YAB Perdana Menteri , YAB Ketua Menteri Melaka dan Timbalan Menteri Keselamatan beramah mesra dengan pengunjung di Medan Selera Tun Ali

Pada sebelah petangnya, Perdana Menteri merasmikan mercu tanda untuk kakitangan persekutuan di negeri Melaka iaitu Menara Persekutuan. Menara Persekutuan yang terletak di Jalan Persekutuan MITC Melaka itu menempatkan pelbagai agensi kerajaan persekutuan seperti Jabatan Kemajuan Masyarakat Melaka, Pejabat Perpaduan Negara & Integrasi Nasional Melaka, Pejabat Perpaduan Negara & Integrasi Nasional Melaka, Jabatan Perhubungan Perusahaan Melaka, Pusat Khidmat Kontraktor, , Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja Melaka & Negeri Sembilan, Jabatan Tenaga Kerja Melaka, Biro Tatanegara, Jabatan Kesalamatan Kesihatan Pekerja, Jabatan Akauntan Negara, Jabatan Bantuan Guaman, Jabatan Perancangan Bandar & Desa Semenanjung Malaysia, Arkib Negara Malaysia, Suruhanjaya Koperasi Melaka, Jabatan Ketua Pengarah Tanah & Galian,Jabatan Insolvensi Malaysia, Majlis Keselamatan Negara, Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan, Jabatan Hal Ehwal Khas, Jabatan Penerangan, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar, Jabatan Alam Sekitar dan Pejabat Pilihan Raya Melaka.

majlis-perasmian-menara-persekutuan-AMN

 

YAB Perdana Menteri melawat ke salah satu booth di majlis perasmian Menara Persekutuan

Menara tersebut yang mempunyai 21 tingkat itu telah mula digunakan sejak Ogos 2010 dan berketinggian 21 tingkat.
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam dan Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr. Ali Hamsa juga menghadiri majlis yang menghimpunkan 20,000 orang penduduk yang kebanyakannya adalah penduduk Melaka.
Majlis perasmian dimulakan dengan ucapan YAB Ketua Menteri Melaka sebelum ucapan perasmian oleh YAB Perdana Menteri Malaysia. Dalam majlis tersebut YAB Perdana Menteri juga menandatangani plak perasmian dan juga menerima mok cek sumbangan dari Kerajaan Negeri Melaka untuk ‘Tabung Wira Lahad Datu’ bernilai RM200,000.00.

majlis-perasmian-menara-persekutuan-najib

 

YAB Perdana Menteri Malaysia memberikan ucapan perasmian

Semoga lawatan YAB Perdana Menteri kali ini memberikan peluang untuk negeri Melaka terus maju sekaligus menjadi tarikan orang luar untuk terus mencontohi pembangunan di negeri Melaka.

Sumber Berita : Bernama
Sumber Gambar : FB Datuk Seri Mohd Ali Rustam

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *