Majlis Pelancaran UTC Melaka

(UTC) adalah singkatan kepada Urban Transformation Centre atau Pusat Transformasi Bandar. Ia adalah satu usaha dan isiatif kerajaan bagi menyediakan pelbagai perkhidmatan utama Kerajaan dan sector swasta kepada komuniti Bandar di dalam satu pusat sehenti atau di dalam satu bangunan. UTC merupakan sebahagian daripada Strategi Lautan Biru( Blue Ocean Strategy) yang diperkenalkan bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan Kerajaan melalui kerjasama strategic antara pelbagai agensi Kerajaan termasuk penglibatan sektor swasta.


YAB Perdana Menteri menyerahkan logo UTC sebagai simbolik penyerahan bangunan UTC kepada Kerajaan Negeri Melaka

UTC ini adalah yang pertama di Malaysia dan dibuka di negeri Melaka yang berperanan untuk memberikan perkhidmatan yang lebih berkualiti hasil kerjasama strategic di antara Kementerian, Jabatan dan swasta. UTC bertempat di Jalan Hang Tuah, Melaka merupakan pusat yang akan memudahkan urusan harian rakyat menjadi lebih mudah, pantas, selesa efisen di bawah satu bumbung. UTC Melaka mempatkan 72 agensi Kerajaan dan swasta kepada rakyat yang melibatkan 10 kluster perkhidmatan kerajaan ; kesihantan; perbankan dan kewangan; pendidikan dan latihan; utility;keselamatan; kebajikan; pembangunan usahawan dan ruang niaga; pembangunan belia dan perkhidmatan badan bukan kerajaan (NGO).  Selain itu, UTC juga menyediakan tapak pasar tani di kawasan berhampiran, perkhidmatan mini perpustakaan, siber kafe, pusat kecergasan dan studio muzik untuk kegunaan rakyat Melaka. UTC Melaka ini beroperasi dari jam 8.30 pagi sehingga 10 malam setiap hari.

Majlis pelancaran UTC Melaka telah diadakan pada 23 Jun 2012 yang disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, Y.A.B Datuk Seri Utama Mohd Najib Tun Razak pada jam 10.00 pagi. Terdapat lebih dari dari 100,000 pengunjung berbilang kaum yang hadir ke majlis tersebut termasuk para kenamaan seperti, YAB Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Hj Mohd Ali Rustam serta para menteri-menteri kabinet, EXCO Kerajaan Negeri Melaka, Ketua Jabatan Persekutan/Negeri dan para NGO.

Ketibaan YAB Perdana Menteri ke Jalan Hang Tuah menaiki bas Panorama Melaka dari Melaka Sentral ke Jalan Hang Tuah. Seterusnya YAB Perdana Menteri menaiki beca terus ke pusat UTC Melaka ke pentas untuk melancarkan majlis pelancaran UTC Melaka dan program Jelajah Janji Ditepati.  Perdana Menteri memberikan ucapan tentang pelaksaan program yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan termasuk Bantuan Rakyat Satu Malaysia (BR1M), Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA), Klinik 1Malaysia serta yang terbaru iaitu Pusat Transformasi Bandar (UTC) dan Luar Bandar (RC).

Selain merasmikan UTC, YAB Perdana Menteri juga melancarkan program Jelajah Janji DItepati yang dianjurkan bersama dengan rangkaian TV3. YAB Perdana Menteri juga meluangkan masa untuk melawat ke pejabat-pejabat yang terdapat dalam banggunan UTC dan beramah mesra dengan pelawat dan kakitangan bertugas.


YAB Perdana Menteri melawat kaunter pembayaran agensi Kerajaan Negeri

Sejarah juga dicipta apabila YAB Perdana Menteri menyempurnakan projek melakar logo UTC dengan menggunakan sebanyak 120,800 biji bola ping pong dengan panjang 70 kaki dengan kelebaran 50 kaki. Logo tersebut telah diiktiraf oleh The Malaysian Book of Records dan sijil tersebut telah disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif MBR.


YAB Perdana Menteri meletakkan bola pingpong bagi menyempurnakan logo UTC yang dibina dengan bola pingpong

Majlis pelancaran UTC juga diserikan dengan kehadiran artis dan pembukaan booth-booth agensi kerajaan dan swasta di perkarangan Jalan Hang Tuah.

One Comment

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *