Lebih 7,000 sertai perarakan Maulidur Rasul 1439H di Melaka

Seperti tahun sebelumnya, Melaka akan mengadakan perhimpunan dan perarakan Maulidur Rasul. Perhimpunan dan perarakan ini bersempena ulangtahun kelahiran nabi junjungan umat Islam, nabi Muhammad s.a.w.
Bertemakan Kesatuan Ummah Kesejahteraan Negara, program ini bermula dari Stadium Hang Tuah ke Dataran Majlis Agama Islam Melaka(MAIM) Bukit Palah.

Kontinjen berkumpul di Stadium Hang Tuah sebelum perarakan dimulakan

Majlis pada tahun ini disertai oleh 123 kontinjen yang melibatkan 3,386 kakitangan awam dan swasta, 3,437 ahli pertubuhan dan persatuan, 405 dari institusi pengajian tinggi (IPT) dan sekolah menengah serta 40 dari sekolah rendah.
Semangat para kontinjen dapat dirasai apabila ribuan dari mereka telah berhimpun seawal jam 7 pagi di Stadium Hang Tuah. Pada tahun ini perarakan diketuai oleh Ketua Menteri Melaka , YAB Datuk Seri Utama Idris bin Hj.Haron mewakili Gabenor Melaka yang mempunyai ketentuan lain.

Pada jam 8.00 pagi, Timbalan Pengerusi MAIM merangkap Pengerusi Program Datuk Yaakub bin Md Amin memulakan ucapan aluan sambil memberikan maklumat mengenai betapa berbangganya Kerajaan Negeri melalui urusetia dalam menganjurkan acara tersebut secara tahunan.
Ketua Menteri Melaka pula mengesa umat Islam terutama penduduk Melaka untuk menjadikan Nabi Muhammad s.a.w sebagai contoh dan role model dalam menjalani hidup sebagai umat Islam yang baik.

Perarakan dimulakan kira-kira jam 8.45 pagi dan selesai kira-kira jam 10.30 pagi. Antara keunikan apabila terdapat perarakan menaiki beca yang dilakukan dalam acara tahunan ini.
Perarakan Sambutan Maulidur Rasul ini dimulakan dari Stadium Hang Tuah melalui Kampung Pengakalan Rama Pantai ke Kampung Mata Kucing dan seterusnya ke Masjid Al Azim iaitu kira-kira hampir 4 kilometer.

ketua Menteri Melaka mengetuai perarakan maulidur rasul peringkat negeri Melaka

Walaupun jarak yang agak jauh namun tergambar kepuasan kontinjen yang berjaya menamatkan perarakan tersebut dengan jayanya.
Semoga perarakan ini agak menjadi platform untuk umat Islam memperbaiki diri serta mengingati dan mencontohi keperibadian Rasulullah s.a.w.

Sumber :- Utusan Online

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *