Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka Bakal Menjadi Hub Pendaratan Jet Eksekutif

Melaka merupakan sebuah negeri maju dan memerlukan pusat pengangkutan udara yang baik. Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) di Batu Berendam yang berusia 61 tahun telah siap dibangunkan pada Julai 2009 dengan perbelanjaan sebanyak RM131.5 juta. Ia mempunyai sebuah bangunan baharu dan landasan sepanjang 2,500 meter bagi membolehkan pesawat Boeing 737 400 dan Airbus 320 mendarat. Perkara ini dinyatakan oleh Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ir. Idris Haron pada wawancara dengan Buletin TV3 baru-baru ini.
Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka
Walaubagaimanapun sehingga kini hanya sebilangan kecil syarikat penerbangan yang menjalankan aktiviti di LTAM. Sehubungan itu perbincangan telah diadakan dengan syarikat penerbangan seperti Tianjin Ankeyunda Air Agent Service Co.Ltd (ANKE) dari China , syarikat Penerbangan Malaysia, Airasia, Firefly dan juga Malindo Air supaya operasi penerbangan dapat dilakukan di bandar bersejarah ini.

Bagi menyemarakkan lagi operasi LTAM, lapangan terbang ini juga akan dijadikan hub bagi pendaratan serta meletakkan kapal terbang/jet eksekutif persendirian dari Singapura. Ini bagi memajukan lagi aktiviti LTAM dan menjadikan industri aeroangkasa Melaka lebih berdaya maju. Ketua Menteri berkata juga memaklumkan bahawa kerajaan negeri telah mempelbagaikan aktiviti di LTAM dan telah mendapat pulangan kira-kira RM850 juta sepanjang tempoh 8 bulan beroperasi.

Satu usaha yang baik untuk memajukan LTAM yang sedikit sepi pada masa ini. Semoga selepas ini ia juga akan menjadi hub penerbangan komersial samada bagi kegunaan dalam negeri mahupun luar negeri. Ini sejajar dengan peningkatan pelancong luar dan dalam negeri sekaligus memberikan kemudahan akses untuk melawat Melaka. Pasti tempias pembangunan LTAM akan dapat dirasai oleh penduduk Melaka amnya.

Sumber :- Melaka Hari Ini

One Comment

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *