Kek lapis Elzha : Kek Lapis Jenama Melaka yang semakin dikenali

Biasa kalau kita dengar pasal kek lapis pasti terbayang tentang kek lapis yang dihasilkan di Sarawak. Bukan sahaja ianya popular di Sarawak malahan di Melaka juga terdapat banyak pasaraya yang menjual kek lapis Sarawak ini.
Melihatkan peluang ini terdapat banyak pengusaha perniagaan menghasilkan kek lapis di Melaka namun seorang usahawan wanita, Elli Husna mengambil inisiatif mempopularkan kek lapis menggunakan identiti tersendiri selepas mendapat sokongan penuh dari suaminya, Zharif Khalid. Pastinya ia adalah buatan dari anak Melaka yang mempunyai citarasa tersendiri.

Kek lapis Elzha , seronok di makan dengan air kopi di waktu petang-petang

Kek Lapis Elzha (gabungan nama isteri dan suami), nama yang semakin meniti bibir penggemar kek lapis terutama di Melaka. Kek lapis Elzha mula diasaskan pada Oktober 2015 bermula di Shah Alam. Ia kemudian mula berpindah di Jabatan Pertanian Melaka Tengah di Pulau Gadong atas tawaran Jabatan Pertaniah Melaka bermula pada Februari 2017.
Berbekalkan sokongan Jabatan Pertanian Melaka Tengah mereka mula mencipta identiti tersendiri dalam pembuatan kek lapis. Di kawasan yang lebih selesa syarikat Elzha mampu menghasilkan sekitar 120 hingga ke 240 kek sehari. Dengan harga berpatutan iaitu antara RM10 hingga ke RM30 sudah pasti ia akan menjadi satu lagi tarikan pelancongan berasaskan makanan dari Melaka.

Kek lapis abang sado yang pasti memikat hati peminat kek lapis

Kemenangan dalam Program Bimbingan Usahawan (PBU) anjuran Jabatan Pertanian Malaysia pada tahun 2015 merupakan pemangkin untuk mereka lebih serius dalam perniagaan ini. Dengan modal permulaan RM300, mereka bertungkus lumus untuk menghasilkan kira-kira 30 jenis perasa berbeza. Perisa yang mendapat sambutan adalah seperti vanila keju, pandan keju, cip coklat, nutella, beri biru keju dan masam manis.
Paling menarik apabila terdapat perasa abang sado dan anak daro yang memberikan kelainan serta jenama unik kepada kek lapis Elzha ini.Pasangan suami isteri ini juga mempunyai perancangan untuk menembusi pasaran antarabangsa dan akan mensasarkan untuk memasuki pasaran China menjelang tahun 2020.

Populariti yang diraih oleh kek lapis Elzha ini semakin berkembang dan mereka memperkenalkan konsep agen bagi memberikan peluang kepada ramai peminat kek lapis ini menikmatinya dengan lebih mudah. Menurut pengasasnya, terdapat kira-kira 100 agen yang telah dilantik di seluruh negara bagi meluaskan lagi pasaran kek lapis ini.

Dengan konsep agen ini  anda tidak perlulah nak beratur panjang kalau nak membeli kek lapis ini. Hanya berhubung dengan agen-agen berdekatan dan kek lapis ini akan dihantar kepada anda.

Seiring dengan perkembangan semasa, kek lapis Elzha juga boleh didapati secara online di AmaxMall.com

Untuk keterangan lanjut sila ke alamat berikut :-
PBU,
Lot 47 Tanaman Kekal Pengeluaran (TKPM)
Pulau Gadong, Jalan Pulau Gadong
75200 Melaka

Lokasi Google Maps

Atau menghubungi di talian :- 016-3971993
atau layari Facebook Elzha Official

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *