Kejohanan Tenis akan diadakan setiap bulan oleh Melaka Lawn Tenis Association (MLTA)

Bagi sesiapa yang sering berurusan di kawasan berhampiran pentadbiran Kompleks Wisma Negeri pasti akan ternampak beberapa gelanggang tenis yang terletak berhampiran.
Bagi peminat sukan tenis pasti akan tertanya adakah fungsi gelanggang tenis itu digunakan dengan baik. Persatuan Tenis Melaka iaitu Melaka Lawn Tenis Association (MLTA) telah mengambil inisiatif untuk memastikan gelanggang itu menjadi platform dalam menghasilkan pemain-pemain tenis pada masa hadapan.

Penganjuran perlawanan tenis akan diadakan bagi kategori Bawah 10, Bawah 12 dan Bawah 15 bagi lelaki dan perempuan. Menurut jurulatih, Abdul Sukor Talib, pertandingan yang dianjurkan telah menarik kira-kira 60 pemain dalam peringkat umur 8 hingga 15 tahun lelaki dan perempuan bagi menyertai pertandingan dalam 3 kategori tersebut.
Kejohanan tersebut diadakan di gelanggang yang dinyatakan di atas iaitu di Kompleks Tenis Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ), Ayer Keroh.

Latihan yang dianjurkan oleh MLTA bagi melahirkan pelapis dalam sukan tenis di Melaka

Menurutnya lagi, usaha yang dilakukan oleh MLTA itu adalah bagi mencari generasi pelapis bagi atlet tenis di semua peringkat umur untuk diketengahkan di peringkat sekolah, daerah, negeri, kebangsaan dan juga antarabangsa.Pertandingan kerap yang diadakan membantu para pemain untuk mempertajamkan skill mereka sekaligus memastikan Melaka mempunyai para pemain tenis yang berkualiti di masa hadapan.
Abdul Shukor berkata, sekiranya ada sebarang pertanyaan berkaitan, orang ramai boleh menghubungi Setiausaha Kehormat persatuan, Jayhan Abdullah di talian 019-6210020 dan layari facebook MLTA di https://www.facebook.com/MelakaTennis

Sumber Berita : Melaka Hari Ini

Pastinya dengan penganjuran acara secara bulanan akan dapat menambah aktiviti serta menyaksikan gelanggang tenis itu digunakan secara optimum. Bagi mereka yang ingin melakukan riadah juga boleh menggunakan gelanggang tenis di Kompleks MPHTJ itu yang memang memberikan suasana bermain tenis yang baik.

Diharap juga para penaja dapat memberikan tumpuan kepada atlet-atlet cilik dalam sukan tenis ini. Ia mampu menjadi sukan yang boleh menaikkan nama Melaka di peringkat tertinggi. Selamat maju jaya

 

1 thought on “Kejohanan Tenis akan diadakan setiap bulan oleh Melaka Lawn Tenis Association (MLTA)”

  1. Thank you to Coach Abdul Sukor for your inspiringn and motivating statement.. yes very true . The Tennis court been used for monthly tournament will develop the new generation for Tennis game.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.