KARNIVAL PENGHAYATAN ISLAM UTeM PUPUK KEHARMONIAN AGAMA JADI TARIKAN PELBAGAI KAUM

Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) menerusi Kelab Badan Dakwah dan Rohani (BADAR) Pejabat Hal Ehwal Pelajar akan menganjurkan Karnival Penghayatan Islam dalam usaha menyemai keharmonian dan muhibbah antara pelbagai kaum majmuk terutamanya di UTeM.

Karnival yang berlangsung bermula dari 26 Oktober sehingga 21 November kelak merupakan program tahunan kali ke-8 semenjak ia mula diperkenalkan oleh BADAR pada tahun 2010 dengan melibatkan kerjasama di antara kesemua Kelab dan Persatuan Pelajar di UTeM dengan menekankan kepada konsep penghayatan dan penerapan nilai Islam ke atas pengunjung yang hadir.

Membawa tema “Spread Love and Peace”, Karnival kali ini membawa pelbagai pengisian bermanfaat dengan dari pelbagai bentuk seperti ceramah, forum, bual santai, nasyid dan larian amal yang boleh disertai oleh kesemua mahasiswa dan mahasiswi tidak mengira bangsa dan agama di samping penyertaan dari pada masyarakat sekitar tanpa mengira usia.

Menurut Pengarah Karnival Penghayatan Islam kali ke-8 selaku Presiden BADAR UTeM, Razmi Hafizuddin Zakaria menyatakan bahawa terdapat beberapa kelainan yang ditonjolkan pada Karnival Penghayatan Islam kali ini berbanding dengan penganjuran pada masa lalu bagi menarik para peserta tahun-tahun sebelumnya untuk hadir ke Karnival Penghayatan Islam kali ke-8 ini.

“Di antara kelainan yang cuba ditonjolkan adalah menarik penyertaan daripada bangsa dan kaum bukan islam untuk menyertai aktiviti yang diadakan bagi membuka dan mengubah fikiran mereka kepada islam yang sering di kaitkan dengan agama keganasan”, ujar beliau sewaktu ditemui pada majlis perasmian Karnival Penghayatan Islam ke-8 pada 26 Oktober yang lalu.

Menurut Penasihat Program Karnival Penghayatan Islam, Azly Hisham bin Haron, Karnival Penghayatan Islam kali ke-8 ini memegang objektif mencari dan menyemai kehormanian antara pelbagai kaum terutamanya di UTeM di samping memberi bimbingan dan panduan kepada mahasiswa dan mahasiswi UTeM khususnya dalam pembentukan akhlak Islamiah atau nilai-nilai murni untuk diterapkan dalam sehidupan seharian, ujar beliau.

Karnival Penghayatan Islam kali ini akan menampilkan ramai penceramah ternama, tokoh agama terkemuka dan artis untuk berkongsi pengalaman mereka di dalam 10 buah program yang di susun sepanjang sebulan ia berlangsung seperti Teknik Komunikasi : Menurut Surah Al-Hujurat oleh Ustaz Muhammad Syaari Abdul Rahman,Peace in Religion oleh Ustaz Shah Shanmugam dan Bro Lim Jooi Soon, Kemantapan Aqidah menerusi Kemukjizatan Al-Quran oleh Dato’ Dr. Danial Zainal Abidin, UTeM Fit Charity Run, Call of Duty : Allah is Calling oleh Hamare Group, Ciptaan Terindah oleh Amira Ann Lee, Kesepaduan Ummah : Masyarakat Akhir Zaman oleh Ustaz Nazmi Karim, Maqasid Syariah oleh Dr. Nur Mohammad Hadi Zahalan, Sebelum Aku Popular oleh PU Rahmat dan Mat Luthfi, dan kemuncak majlis dengan persembahan dari kumpulan nasyid Hijjaz pada Malam Kesenian Islam.

Segala maklumat lanjut mengenai Karnival Penghayatan Islam boleh didapati di Facebook dan Instagram BADAR dan Karnival Penghayatan Islam Badar UTeM juga segala maklumat lanjut mengenai program boleh menghubungi Razmi Hafizuddin di talian 017-4582 862 atau Munizam di talian dan 014-2947 088.

Sumber :- Facebook UTeM

Tags:,

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *