Karnival Pelancaran Sri Melaka Residensi

Pada hari Ahad lalu telah diadakan satu majlis Karnival Pelancaran Sri Melaka Residensi di Taman Rekreasi Bukit Serindit.
Karnival tersebut telah disempurnakan oleh Gabenor Melaka, Yang di-Pertua Negeri, Tun Dr. Mohd Khalil Yaakob dan Ketua Menteri Melaak, Datuk Seri Utama, Ir. Hj. Idris bin Hj. Haron. Dalam majlis tersebut hadir sama, Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Wira Othman Muhamad serta barisan EXCO-exco serta Timbalan EXCO Kerajaan Negeri.

Gabenor negeri melaka, merasmikan Projek Sri Residensi sambil diperhatikan YAB Ketua Menteri serta barisan VIP

Sri Melaka Residensi akan dilengkapi dengan lima blok kondominium, satu blok kondominimium setinggi 16 tingkat, tiga blok kondominium 24 tingkat dan satu blok konfominium 30 tingkat.
Keluasan bagi setiap unit rumah adalah di antara 1,000 kaki hingga 1,135 kaki persegi. Jumlah keseluruhan unit rumah yang ditawarkan adalah sebanyak 2,070 unit.Projek yang dibangunkan di atas tanah seluas 8.81 hektar itu terlatak di antara dua Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu DUN Bukit Baru dan DUN Duyong yang akan menempatkan ramai pemilik rumah.Dengan membangunnya projek kondiminium di situ akan meningkatkan lagi peluang-peluang pekerjaan serta perniagaan di kawasan tersebut.

Pengerusi Syarikat Pemaju Perumahan Potensi Lestari Sdn Bhd Datuk Zahari Mohd Zain menerangkan tentang projek kepada barisan VIP

Ditambah dengan kawasan taman rekreasi yang sering menjadi tumpuan orang ramai untuk beriadah pasti akan memberikan kesejahteraan kepada rakyat negeri Melaka.
Projek perumahan kediaman kondominium Sri Melaka Residensi itu dijual dengan harga permulaan RM232,000 sehingga RM323,000 seunit.
Ianya merupakan antara projek kondominium termurah yang ditawarkan kepada warga Melaka. Lokasi yang strategik berhadapan Taman Rekreasi Bukit Serindit itu akan menjanjikan pulangan yang berbaloi pada pembelinya.

Kaunter pendaftaran dipenuhi oleh orang yang berminat untuk mendapatkan maklumat mengenai projek tersebut

Projek perumahan ini juga menepati konsep pembinaan hijau atau green concept bermula dengan pelan dalaman rumah yang praktikal, reka bentuk moden, susun atur blok yang baik serta banyak ciri mapan yang lain.
Ianya termasuk ruin water harvesting yang boleh digunakan untuk kegunaan penduduk.l Projek ini juga dilengkapi dengan pembinaan 11 lot kedai berkeluasan antara 20 hingga 65 kaki, kolam renang, gimnasium, surau, tadika, pusat jagaan kanak-kanak, dewan serbaguna, gelanggang futsal, gelanggang bola keranjang serta taman permainan kanak-kanak.
Terdapat 2,277 tempat letak kerta berbumbung serta kawalan keselamatan bagi memberikan keselesaan kepada penghuni kondominium itu.

Terdapat banyak acara yang dianjurkan pada karnival tersebut seperti Peraduan Mewarna Kanak-kanak, cabutan bertuah, persembahan dari penyanyi rock lagenda Datuk Ramli Sarip, pembahagian sumbangan  dan banyak lagi acara diadakan.

Peraduan Mewarna oleh Kanak-kanak merupakan antara aktiviti yang diadakan di karnival tersebut

Cabutan bertuah juga cukup lumayan apabila pemenang utama mendapat rebat sehingga RM50,000 bagi membeli rumah tersebut. Karnival yang bermula pada jam 9.00 pagi itu selesai diadakan sehingga jam 5.00 petang.
Ianya mungkin boleh menjadi pemangkin kepada pembangunan perumahan di negeri Melaka serta menjadi pelaburan terbaik untuk warga Melaka.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *