Karnival Gerakan Membaca dan Program Semarak Kemerdekaan PERPUSTAM 2017

Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM) merupakan agensi kerajaan yang menyumbang terhadap ilmu bagi rakyat negeri Melaka. Dengan kemudahan infrastruktur serta kepelbagaian buku ilmiah mampu memberikan nilai tambah kepada rakyat negeri Melaka amnya.
PERPUSTAM juga aktif dalam menganjurkan pelbagai aktiviti dan sempena bulan Kemerdekaan, PERPUSTAM akan menganjurkan Karnival Gerakan Membaca dan Program Semarak Kemerdekaan PERPUSTAM 2017 pada 18 hingga 19 Ogos ini bertempat di Perpustakaan Negeri , Bukit Baru.

Perpustakaan Negeri Melaka

Menurut Pengarah PERPUSTAM, Mohamed Aizammuddy bin Mohamed Idris , program ini merupakan aktiviti tahunan yang saban kali dianjurkan oleh PERPUSTAM bagi mengalakkan aktiviti membaca di kalangan rakyat negeri Melaka serta untuk menyemai rasa kasih dan cintakan negara. Selain memupuk minat membaca serta menyemai semangat cintakan negara, karnival ini juga bertujuan mewujudkan semangat perpaduan serta mengingati dan menghargai jasa-jasa serta pengorbanan pejuang terdahulu selain mengenal pasti aktiviti kecintaan pada negara.
Karnival tersebut akan disempurnakan oleh Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Wira Othman Muhamad yang dijadualkan pada 18 Ogos jam 10.45 pagi di Dewan Lekir, Perpustakaan Negeri, Bukit Baru.

“Sebanyak 10 aktiviti akan diadakan pda program yang berlangsung selama dua hari antaranya ialah Sembang Kemerdeakaan pda 18 Ogos jam 8.30 pagi yang menampilkan seorang bekas perajurit yang pernah terlibat dalam memerangi Parti Komunis Malaya PKM) pada era tahun 70an.
Turut diadakan juga Pertandingan Karaoke Patriotik Terbuka pada 18 Ogos jam 2.45 petang di Dewan Lekir dimana hanya 12 penyertaan sahaja diterima”.

Jelasnya juga, jualan buku serta pameran Memorial Kemerdekaan oleh PERPUSTAM bersama beberapa agensi kerajaan serta tayangan layar bagi filem Sarjan Hassan, Bukit Kepong, Leftenan Adnan, Paloh serta 1957 Hati malaya.

Aktiviti menonton filem berlatarkan sejarah, Bukit Kepong yang telah diadakan di PERPUSTAM

Pada 19 Ogos pula diadakan pertandingan mewarna, aktiviti bersama warga emas, pertandingan menghias tiang merdeka, pertandingan gubahan bunga bendera dan pelbagai banyak aktiviti yang bersesuaian untuk semua golongan.

Untuk Keterangan Lanjut sila Hubungi PERPUSTAM di alamat :-

PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM MELAKA
(PERPUSTAM)

 242-1, Jalan Bukit Baru, 75150, Melaka, Kampung Solok Musai, 75150 Malacca

Tel: 06-282 4859 / 61 | Faks: 06-282 4798

Laman Web : perpustam.gov.my

Lokasi :- Google Maps

GPS : 2.217028, 102.269366

Sumber :- Melaka Hari Ini

Gambar : Facebook PERPUSTAM

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *