Homestay Kesidang – Penginapan selesa di Bandar Melaka

Adakah anda ingin ke Melaka namun inginkan penginapan yang selesa? Penginapan yang mampu membuatkan anda terasa seperti berada di rumah sendiri. Homestay merupakan penginapan alternatif yang semakin menjadi pilihan pelancong terutamanya pengunjung tempatan. Homestay merupakan konsep rumah yang disewakan untuk kegunaan pelancong mendiami rumah tersebut dalam jangka waktu yang pendek.

homestay-kesidang-bilik-penginapan

Melaka merupakan antara negeri di Malaysia yang amat aktif dalam mengusahakan produk ini. Terdapat ramai pemilik rumah yang tidak didiami menjadikan kediaman mereka sebagai lokasi untuk kegunaan pelancong datang ke Melaka.

Untuk artikel kali ini, pihak Melakacool.com akan memperkenalkan sebuah homestay yang berhampiran di Bandar Melaka iaitu Homestay Kesidang. Homestay Kesidang merupakan sebuah rumah teres 3 bilik dan 2 bilik air serta mempunyai ruang tamu dan dapur di dalamnya. Homestay ini terletak di Taman Kesidang, Seksyen 2, Kg Lapan, Melaka yang terletak berdekatan kawasan Bandar Melaka. Perjalanan dari Homestay ini ke perhentian bas Melaka Sentral hanya sekitar 10 minit perjalanan sahaja dan hanya 8 minit ke Bandar Melaka. Ia senang dihubungi melalui lebuhraya Ayer Keroh, Alor Gajah, Merlimau mahupun dari Sungai Udang.

Homestay Kesidang ini amat sesuai untuk mereka yang ingin ke Melaka kerana :-

  • Lawatan-lawatan ke tempat pelancongan yang terkenal di Melaka. Homestay yang berdekatan dengan Bandar Melaka ini memudahkan pergerakan anda untuk ke lokasi pelancongan seperti Melaka River Cruise, Menara Taming Sari, Jonker Street, A Famosa dan sebagainya.
  • Bagi mereka yang gemar membeli belah, pusat membeli belah terkenal seperti TESCO, Giant Hypermarket, AEON Jusco, Dataran Pahlawan dan sebagainya yang berdekatan dengan kawasan homestay ini.
  • Selain pusat pelancongan, Melaka juga terkenal dengan lokasi perubatan seperti Hospital Melaka, Mahkota Medical Centre, Hospital Pantai, Hospital Putra dan sebagainya.  Ia bagi memudahkan para pengunjung untuk bermastautin sementara sebelum menziarahi pesakit yang ditempatkan di hospital dalam Melaka.
  • Sekiranya ada majlis perkahwinan saudara mara di kawasan berdekatan Bandar Melaka, adalah sesuai untuk anda menginap di homestay Kesidang ini. Ianya menjimatkan kerana anda boleh menyewa sebuah rumah berbanding dari menyewa bilik hotel. Selain itu, ia lebih memudahkan anda untuk pergi ke destinasi perkahwinan tersebut.
  • Selain dari pusat pelancongan, hospital, pusat membeli belah, terdapat beberapa pusat pengajian tinggi seperti UTeM kawasan Bandar, UiTM kampus Bandar, Kolej Professional Mara, Politeknik Kota dan banyak lagi institute pengajian tinggi berdekatan kawasan homestay. Bagi mereka yang ingin mendaftarkan anak, adik, saudara mara eloklah untuk anda menginap di homestay ini. Ini memberikan lebih keselesaan untuk menginap di kawasan Melaka ini.
  • Sekiranya anda perlu menghadiri kursus, seminar, bengkel atau kerja dalam jangka pendek di Melaka maka anda boleh menginap di sini.

kemudahan-homestay-kesidang
Homestay Kesidang juga mempunyai kelebihan tersendiri. Antaranya ialah :-

  • Bagi rombongan sekolah, Homestay Kesidang menyediakan 2 buah rumah, stau rumah untuk pelajar perempuan dan satu untuk pelajar lelaki
  • Baucar diskaun sebanyak 20% untuk tiket menaiki Melaka River Cruise (tidak termasuk pakej VIP) dan baucer diskaun 20% tiket Zoo Melaka
  • Berada dalam kawasan kejiranan Melayu
  • Terdapat kemudahan memasak disediakan dalam homestay terbabit.

Sekiranya anda ingin menginap di Melaka silalah ke homestay Kesidang ini. Untuk keterangan lanjut sila kelaman web seperti tertera di bawah :-
Homestay Kesidang pakej
http://jakmashomestay.blogspot.com | http://facebook.com/kesidanghomestay

For more choices, check out out hotel reviews and hotel section.

One Comment

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *