Hari Koperasi Negara Peringkat Negeri Melaka 2017

Pada 4 – 6 Ogos 2017 telah berlangsung Hari Koperasi Negara Peringkat Negeri Melaka 2017 yang berlangsung di Melaka International Trade Centre (MITC).
Majls Perasmian Hari Koperasi Negara Peringkat Negeri Melaka 2017 telah berlangsung pada 4 Ogos 2017 yang lalu telah disempurnakan oleh YB Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Dato’ Seri Hamzah Zainuddin pada jam 3.00 petang.
Dalam acara perasmian tersebut, YB Menteri turut melancarkan program Friends of KPDNKK(FOK) peringat negeri Melaka.

plaq -kpdnkk
YAB Menteri KPDNKK menandatangani plaq perasmian Friends of KPDNKK

Majlis tersebut juga dihadiri oleh YAB Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ir. Hj. Idris bin Haron , Ketua Setiausaha KPDNKK, YBhg Dato’ Sri Jamil Salleh,  Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Datuk Dr. Noor Zari Hamat dan Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Komunikasi dan Koperasi negeri, Datuk Latiff Tamby Chik serta barisan Pengarah Bahagian Kementerian.

Program anjuran Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) ini mendapat perhatian masyarakat terutama di negeri Melaka. Banyak booth pameran terutama yang disertai oleh para Koperasi di seluruh Malaysia yang boleh memberikan informasi mengenai kejayaan mereka.

kpdnkk
YAB Menteri KPDNKK dan YAB Ketua Menteri Melaka melawat gerai pameran Koperasi Sekolah Menengah Hang Kasturi yang menghasilkan inovasi

Melalui program ini, masyarakat Melaka amnya dapat mengetahui peranan koperasi yang boleh membantu penduduk untuk mendapat pendapatan tambahan melaluinya.
Ia juga mampu memberikan penjelasan yang lengkap melalui program serta mendapatkan bantuan melalui Koperasi yang telah berjaya di Melaka. Antara Koperasi Melaka yang cukup berjaya adalah Koperasi Simpang Bekoh Sdn Bhd  yang berjaya dikenali dengan produk biskut tongkat asli yang cukup dikenali di Malaysia.

koperasi simpang bekoh
Koperasi Simpang Bekoh yang menyertai pameran merupakan antara booth yang mendapat perhatian pengunjung.

Terdapat juga Koperasi dari Sekolah-sekolah yang menunjukkan penglibatan sekolah dalam bidang koperasi ini. Koperasi Sekolah Menengah Teknik Bukit Piatu misalnya telah menghasilkan produk pertanian seperti baja kompos dan penjualan anak pokok seperti delima, kedondong dan belimbing buluh. Ia membuktikan kemampuan sekolah-sekolah untuk membangunkan koperasi serta membimbing golongan muda menglibatkan diri dalam bidang keusahawanan.

Selain itu juga disediakan booth pameran agensi kerajaan yang membantu orang ramai mendapatkan maklumat dari jabatan atau agensi yang terlibat dalam pameran. Semoga dengan penganjuran program Hari Koperasi di Melaka dapat membuka mata orang Melaka tentang kepentingan koperasi dalam masyarakat Melaka amnya.

Sumber Gambar : Facebook KPDNKK

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *