FitMalaysia Melaka 2018 di Telok Emas

FitMalaysia kembali lagi ke Melaka. Tahun 2018 menyaksikan acara sukan tahunan bagi negeri Melaka diadakan di Padang Awam Taman Seri Telok Emas.
Program yang telah diperkenalkan sejak 2014 merupakan platform terbaik bagi mempromosikan aktiviti sukan dan kecergasan termasuk di negeri Melaka ini.
Program FitMalaysia peringkat negeri Melaka ini dirasmikan oleh Ketua Menteri Melaka yang disertai oleh kira-kira 10,000 peserta dari pelbagai golongan samada yang muda mahupun yang telah berusia.
Acara utama bagi program ini dimulakan seawal jam 7.30 pagi dimana terdapat 4 acara utama dimulakan. Aktiviti dimulakan dengan kayuhan basikal 30 kilometer dan 10 kilometer. Seterusnya acara larian 10 kilometer terbuka dan 5 kilometer dimulakan selepas itu. Jika kebanyakan acara sukan sebegini mengenakan bayaran namun bagi program ini ianya ditaja penuh oleh pihak penganjur iaitu Kementerian Belia dan Sukan. Ia merupakan peluang terbaik yang tidak dilepaskan oleh ribuan peserta yang ingin mengambil peluang mencatatkan sejarah dalam hidup mereka. Bukan sahaja dapat menyihatkan badan, malahan mereka juga mendapat pingat sebagai kenang-kenangan selain dari hadiah menarik bagi para pemenang.

Kanak-kanak turut serta dalam acara berbasikal
Acara larian 10 kilometer terbuka dimulakan.

Acara tersebut disempurnakan oleh YB Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Wira Roslan bin Ibrahim. Beliau juga turut menyertai acara larian 5 kilometer yang melalui kawasan perkampungan di Telok Emas.

YB Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Wira Roslan Ibrahim turut berada di tapak permulaan untuk menyertai acara larian 5 kilometer

Menteri Belia dan Sukan, YB Khairy Jamaluddin juga turut hadir menyertai acara berbasikal dan juga bersama-sama dalam aktiviti senamrobik. Selain acara tersebut terdapat banyak aktiviti lain seperti aktiviti lasak ala-ala komando, aktiviti sukaneka kanak-kanak serta booth-booth pameran yang disediakan di tapak program tersebut.  Booth seperti Institut Sukan Negera memberikan penerangan yang lengkap mengenai fungsi sukan didalam negara yang bukan sahaja untuk membantu kemajuan atlit sebaliknya memberikan sokongan kepada rakyat yang memerlukan. Terdapat juga booth askar wataniah yang memberikan peluang untuk pengunjung mendaftar sebagai askar wataniah. Acara cabutan bertuah merupakan antara aktiviti yang menjadi tumpuan pengunjung yang berjaya membawa pulang hadiah yang lumayan.

Acara sukan rakyat ini boleh membantu kanak-kanak zaman ini mempelajari aktiviti yang menjadi hobi penduduk zaman dahulu
Menteri Belia dan Sukan, YB Khairy Jamaludin sempat berswafoto bersama pemimpin tertinggi kerajaan negeri Melaka sebelum aktiviti senamrobik

Program yang dianjurkan oleh Kementerian Belia Sukan , Rainbow Jersey Events serta disokong penuh oleh Kerajaan Negeri Melaka ini adalah program yang bagus untuk memastikan rakyat Melaka amnya sentiasa berada dalam keadaan yang sihat fizikal dan mental.
Semoga banyak lagi program sebegini dianjurkan di Melaka dan disertai juga oleh penduduk Melaka yang cool dan sihat..

Sumber Gambar : Twitter KBS

Facebook KBS Malaysia

Facebook Rainbow Jersey Events

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *