Buffet Ramadhan 2012: Promosi Berbuka Puasa Di Melaka

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan!

Selamat berpuasa kepada semua umat Islam di Melaka.

Setiap kali Bulan Ramadhan tiba, antara perkara yang menarik di bulan Ramadhan ialah ketika berbuka puasa. Di Malaysia, terdapat banyak pilihan untuk berbuka puasa. Ada diantara mereka yang berkongsi duit untuk memasak juadah berbuka, tidak kurang juga yang memilih untuk membeli sahaja juadah berbuka puasa di bazaar-bazar ramadhan yang tumbuh bak cendawan selepas hujan ketika bulan ramadhan ini. Ada juga sebilangan masyarakat memilih untuk berbuka bersama-sama komuniti di masjid. Ini juga memudahkan mereka untuk menunaikan solat terawih di masjid. Selain kedai-kedai makan yang menyediakan juadah berbuka secara ala carte, terdapat juga kedai-kedai makan, restoran, hotel dan resort-resort yang menawarkan buffet ramadhan. Dengan membayar harga tertentu, pengunjung boleh memilih pelbagai lauk-pauk untuk berbuka. Ketika ramadhan inilah banyak promosi yang diadakan untuk menarik minat pengunjung mengunjungi tempat makan mereka.

Buffet ramadhan menjadi pilihan berbuka kebanyakan orang terutama mereka yang berkeluarga kerana ianya terdapat banyak pilihan dengan membayar sekali sahaja. Dengan matlamat Kerajaan Negeri Melaka untuk mempromosikan pelancongan makanan, terdapat banyak tawaran buffet Ramadhan dari kedai makan kecil hinggalah hinggalah ke hotel besar. Pengunjung boleh memilih sahaja di mana tempat yang sesuai untuk berbuka puasa. Pakej yang ditawarkan juga mempunyai pilihan berdasarkan kemampuan. Antara lokasi pakej buffet Ramadhan di Melaka adalah :-

1. Hotel Bayview
Harga Pakej : RM 39.90 ++ (dewasa) RM 23.00 ++ (kanak-kanak)

2. Hotel Hang Tuah
Harga Pakej : RM 38 ++ (dewasa) RM28 ++(kanak-kanak)

3. Hotel Orkid
Harga Pakej : RM 38 (dewasa) RM25.00 (kanak-kanak)

4. Hotel Permaisuri
Harga Pakej : RM39.90 (dewasa) RM 22.00 (kanak-kanak)

Ini adalah sebahagian dari promosi Buffet Ramadhan di Melaka. Masih banyak lagi tempat menarik yang boleh anda datang untuk menikmati juadah berbuka puasa yang hebat. Hanya di Melaka.

Walaupun banyak pakej-pakej menarik yang ditawarkan, jangan pula kita lalai dan hanyut dengan nafsu makan kita. Kalau dilihat di atas, pakej-pakej berbuka puasa yang ditawarkan memang menarik dan meliur kan 🙂 Mungkin kita boleh cuba satu atau dua sepanjang bulan Ramadhan ini. Sekali-sekala berbuka sedap-sedap apa salahnyakan. Tetapi kalau berlebih-lebih, nanti Maghrib pula entah ke mana dan terawih pun akan dilupakan. Jangan lupa tujuan utama kita berpuasa dan bersederhanalah dalam berbuka.

Selamat berpuasa dan selamat berbuka.

Dari masa ke semasa team MelakaCool akan senaraikan di sini semua promosi berbuka puasa di Melaka.

One Comment

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *