Bufet Ramadhan di Muo Station

Selain dari Hotel-hotel yang menyediakan hidangan bufet pada bulan Ramadhan ini, Restoran-restoran di Melaka juga mengambil kesempatan untuk menyediakan bufet bagi hidangan para pelanggan untuk berbuka puasa.
Antara yang menjadi tarikan adalah Restoran Muo Station yang terletak di Kota Fesyen MITC. Restoran yang berkonsepkan hidangan makanan tempatan ini menjadi pilihan ramai pelanggan kerana harganya yang cukup murah iaitu RM20 bagi dewasa dan RM10 bagi kanak-kanak. Mana nak dapat Bufet Ramadhan dengan harga serendah RM20 di Melaka ni? Memang sukar nak mencarinya. Tapi Restoran Muo Station menyajikan dengan harga yang cukup berpatutan.

Para Pelanggan Muo Station sedang menjamah makanan berbuka puasa

Pemilik Restoran tersebut, pasangan suami isteri Rozman Hussin, 53 dan Harnawati Dalha,48 berkata, walaupun dalam keadaan ekonomi kurang memberangsangkan namun Muo Station masih mendapat sambutan mengalakkan termasuk dari kalangan masyarakat bukan Islam.

Ruang di Restoran Muo Station yang terbuka memudahkan untuk pelanggan membawa keluarga

Walaupun dengan harga yang murah namun sajian tetap menarik. Terdapat lebih 40 jenis menu dihidangkan beserta 20 jenis kuih muih dan 7 jenis minuman menjadi tarikan utama bagi pelanggan di Melaka berbuka di sini.
Restoran Muo Station yang mempunyai kehebatan pada sifat asli dihidang berkonsep resipi ibunda. Makan kampung klasik seperti masak lemak cili api, asam pedas ikan, udang sambal petai, ayam goreng berempah, mi bandung, soto, pecal dan sebagainya akan membuatkan ramai yang tertawan.

muo station
Hidangan lauk pauk di Muo Station yang cukup menyelerakan

Bagi menunaikan solat Maghrib terdapat ruang solat di tingkat atas kedai disediakan selain terdapat kawasan lapang untuk kanak-kanak bermain bunga api. Keadaan persekitaran yang sukar untuk ditemui di bufet tempat lain.

Restoran Muo Station menerima kira-kira 350 tempahan pelanggan setiap hari dan bagi mengelakkan pembaziran, mereka membuat perancangan berdasarkan tempahan pelanggan.
Restoran ini juga strategik kerana terletak di kawasan tumpuan antara mereka yang ingin membeli belah di kawasan Kota Fesyen ataupun di Mydin.
Selepas menikmati juadah, pengunjung boleh menunaikan solat terawih di Masjid Al-Alami MITC. Pastinya mereka tidak akan terlewat untuk menunaikan ibadah mulia di bulan Ramadhan ini.

Untuk keterangan atau menempah anda boleh hubungi : 017-6099411

Sumber Gambar :- Facebook Muo Station MITC

Rujukan Artikel  :- Melaka Hari Ini

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *