Bersantai di Umang-umang Chalet, Kuala Linggi Melaka

Anda inginkan percutian di tepi pantai ? Tapi tak mau yang terlalu sesak dengan orang ramai ? Di Melaka banyak pantai yang menarik dan salah satunya ialah di Kuala Linggi. Di Kuala Linggi banyak lokasi yang menarik untuk anda bersantai dengan keluarga sambil menikmati pemandangan laut.
Melihat kapal kontena yang melalui laluan pantai Kuala Linggi merupakan sesuatu yang menarik. Di kala senja anda boleh melihat pemandangan cantik matahari terbenam yang cukup mengkagumkan. Sambil boleh bergambar dengan pokok bakau yang masih utuh di kawasan pantai dan dapat menaiki buaian yang digantung di dahan pokok tersebut.

pantai umang-umang chalet
Pemandangan Pantai di Umang-umang Chalet

Pengalaman itu anda boleh nikmati di Umang-umang Chalet. Chalet Umang-umang menawarkan alternatif percutian yang sunyi dan santai tanpa gangguan hiruk pikuk bunyi kenderaan. Ini kerana ia berada dalam 1 kilometer dari jalan besar Kuala Linggi dan hanya ada satu sahaja chalet lain berdekatan.
Lokasi Umang-umang chalet ini hanya 8 kilometer dari Pekan Kuala Sungai Baru dan hanya 3 kilometer dari RTC Kuala Linggi, Melaka.

umang-umang-chalet
Ruang hadapan Umang-umang chalet yang luas

Umang-umang chalet berkonsepkan penginapan santai dimana terdapa 46 unit bilik penginapan dimana terdapat 7 jenis bilik untuk pilihan iaitu :-
1) Family ( RM180.00)
– 1 katil queen, 2 katil super single, LCD TV, meja hias, bilik mandi, aircond
– Sesuai untuk 4 orang dewasa

2) Superior Beach ( RM160.00)
– 1 katil king dan 1 katil super single, LCD Tv, meja hias, bilik air, aircond
– Sesuai untuk 4 orang dewasa

3) Sea View ( RM150.00)

– 1 katil super king, LCD tv, meja hias, aircond, bilik air
– Sesuai untuk 3 orang dewasa

4) Super Beach (RM150.00)
– 1 katil king, LCD tv, meja hias, aircond, bilik air
– Sesuai untuk 2 orang dewasa

5) Deluxe (RM130.00)
– 2 katil super single, LCD tv, meja hias, aircond, bilik air
– Sesuai untuk 2 orang dewasa

6) Standard (RM130.00)
– 1 katil super king, LCD tv, meja hias, aircond, bilik air
– Sesuai untuk 2 orang dewasa

7) Beach (RM110.00)
– 1 katil queen, LCD tv, meja hias, aircond, bilik air
– Sesuai untuk 2 orang dewasa

Umang-umang Chalet juga mempunyai sebuah cafe untuk kemudahan bagi pengunjung menjamu selera. Ia memudahkan bagi pengunjung yang inginkan ketenangan tanpa perlu keluar mencari restoran di luar yang agak jauh.

parking-umang-umang-chalet
Ruangan Parking Umang-umang yang luas

Kawasan parking yang agak luas memudahkan untuk anda meletakkan kenderaan anda. Terdapat juga kawasan lapang yang membolehkan anak-anak kecil untuk bermain basikal atau berlari-lari. Disediakan juga mini taman permainan untuk sesi riadah bagi kaum keluarga mengadakan aktiviti santai.
Terdapat juga ruang dewan terbuka yang memudahkan untuk anda mengadakan aktiviti seperti kelas,ceramah atau lain-lain.

umang-umang
Dewan Terbuka Umang-umang sesuai untuk pengunjung yang ramai

Sekiranya bernasib baik, anda mungkin boleh terserempak dengan penyu yang ingin bertelur di kawasan tersebut. Pasti akan menjadi satu pengalaman menarik seumur hidup anda.

umang-umang-chalet
Lokasi Ruang untuk pengunjung beriadah di Umang-umang chalet

Selain itu, Umang-umang chalet juga menyediakan kemudahan seperti pakej memancing, Team Building, Perkahwinan serta acara-acara lain.

Alamat Umang-umang Chalet

:-
Umang-umang Chalet ( Hermit Crab Chalet)
Lot 602, Batu 31, Bukit Darat, Pantai Kuala Linggi
78200 Kuala Sungai Baru,
Melaka

Laman Web :- http://umangumangchalet.blogspot.my/

Lokasi Google Maps, Klik Sini

GPS : 2.372904, 101.974904

Untuk tempahan boleh hubungi
Puan Dayang :- 016-6650167
Puan Iera : 012-2447804

 

p/s : Tahukah anda apa itu Umang-umang? Umang-umang adalah sejenis haiwan yang menyerupai Ketam. Rujuk Wikipedia untuk keterangan lanjut

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *