Beli Rumah Kuota Bumiputera Melaka di Lembaga Perumahan Melaka

Isu harga rumah yang semakin meningkat amat membimbangkan. Di Melaka juga harga hartanah menjadi semakin tinggi akibat perkembangan pesat ekonomi di sini. Malahan ramai penduduk samada di dalam Melaka mahupun di luar yang membeli rumah disini untuk dijadikan kediaman ataupun sebagai aset.

Sri pengkalan Binaan

Kredit Gambar : FB Sri Pengkalan Binaan

 

Golongan Bumiputera sering menghadapi masalah untuk mendapatkan rumah. Ini kerana mereka kurang mempunyai pengetahuan tentang pembelian rumah berbanding kaum lain. Di Melaka, Lembaga Perumahan Melaka merupakan agensi badan berkanun Kerajaan yang telah mendapat sijil kebenaran untuk menjadi agen hartanah bagi lot-lot kuota Bumiputera bagi projek perumahan di Negeri Melaka.

Kenapa perlu membeli rumah Kuota Bumiputera melalui Lembaga Perumahan Melaka ? Mungkin ada yang tertanya-tanya kelebihan membeli rumah kuota Bumiputera melalui Lembaga Perumahan Melaka berbanding terus membeli melalui pemaju. Berikut merupakan beberapa kelebihan membeli rumah Kuota Bumiputera di Melaka melalui Lembaga Perumahan Melaka

  •  Anda akan dibimbing dari segi prosedur dan proses pembelian rumah oleh kakitangan yang berpengalaman. Ini juga dapat mengelakkan diri anda dari ditipu oleh pemaju perumahan. Banyak kes dimana pembeli terpedaya dengan pemaju perumahan akibat tidak merujuk kepada agensi berkaitan. Antara penipuan yang sering berlaku seperti penawaran diskaun dimana pemaju menggunakan terma undang-undang dalam perjanjian untuk menipu pembeli. Selain itu, pembeli juga akan dibimbing untuk mendapatkan pinjaman dan perjanjian dengan institusi kewangan dan peguam yang baik.
  • Maklumat yang lebih tepat dapat diperolehi. Terdapat beberapa kes dimana para pemaju tidak jujur dalam memaklumkan kekosongan rumah milik mereka.  Segelintir pemaju perumahan ingin melewatkan penjualan supaya harga rumah dapat dinaikkan atau mereka boleh meminta Kerajaan Negeri melepaskan kuota perumahan. Lembaga Perumahan Melaka memiliki data kekosongan unit Bumiputera yang disemak terus melalui pemaju. Pemaju sukar untuk memberi maklumat palsu kerana Lembaga Perumahan Melaka adalah agensi Kerajaan yang boleh menyemak ke Pejabat Tanah bagi memastikan kesahihan maklumat tersebut.
  • Lembaga Perumahan Melaka selaku agensi kerajaan berkaitan perumahan mempunyai akses kepada maklumat pemaju. Melalui Lembaga Perumahan Melaka, pembeli lebih selamat kerana agensi ini hanya akan menjadi agen perumahan yang dilaksanakan oleh pemaju berkebolehan. Pemaju yang mempunyai masalah dan disenaraihitamkan akan dikeluarkan dari senarai penjualan.
  • Aduan berkenaan masalah perumahan seperti kualiti rumah, lewat siap dapat diselesaikan dengan segera berbanding pembelian terus kepada pemaju.

Lembaga Perumahan Melaka

Kakitangan Lembaga Perumahan Melaka bersama agensi berbincang menyelesaikan masalah perumahan

Untuk makluman, tidak semua pemaju berdaftar dengan Lembaga Perumahan Melaka. Jadi adalah digalakkan supaya anda merujuk kepada agensi terbabit sebelum membeli rumah di negeri Melaka.

Untuk keterangan lanjut sila lawat laman web : http://lpm.melaka.gov.my/

Facebook :- https://www.facebook.com/LembagaPerumahanMelaka

atau hubungi alamat Lembaga Perumahan Melaka di :-

Lembaga Perumahan Melaka Aras 10, Menara MITC, Jalan Konvensyen, Kompleks MITC 75450 Ayer Keroh, Melaka

Tel : 06-2320450 Faks : 06-2320452

7 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *