Bekalan air mencukupi semasa Hari Raya di Melaka

Anda pernah mengalami masalah bekalan air semasa menyambut Hari Raya Aidilfitri? Admin pernah merasainya satu ketika dahulu dan pernah juga ada saudara mara yang singgah ke rumah kerana bekalan air terputus di Hari Raya.
Tapi itu berlaku ketika zaman admin muda belia tetapi kini tiada rasanya. Mungkin sebab pihak Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) semakin cekap menangani masalah ini.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Ir. Idris Haron dalam satu kenyataannya juga telah memberi jaminan tiada gangguan bekalan air di di negeri Melaka. Jika sebelum ini beberapa kawasan di Melaka seperti Lubok China, Ramuan China Besar, Ramuan China Kecil dan beberapa lagi kawasan pernah mengalami masalah tersebut namun dengan jaminan ini penduduk boleh menarik nafas lega.
Ini berikutan inisiatif yang dilakukan kerajaan negeri melalui Syarikat Air Melaka Berhad(SAMB) untuk mengekalkan tekanan air supaya berada pada tahap yang seimbang.

Menurutnya, sekiranya terdapat gangguan, penduduk boleh terus menghubungi bilik gerakan SAMB dan mereka akan membekalkan air-air secara tangki dan berterusan. Katanya lagi, secara umum gangguan bekalan air tidak akan berlaku sama ada dalam bentuk ketiadaan air, kualiti air atau tekanan air.
Penduduk boleh menarik nafas lega kerana jaminan oleh kerajaan negeri bahawa tiada gangguan bekalan air berlaku semasa Aidilfitri yang akan menjelang pada 27 Jun nanti.

Pihak pengurusan SAMB juga akan meletakkan pegawai-pegawai bertanggungjawab untuk menunggu dan bersedia pada hari raya sekiranya berlaku masalah-masalah di kawasan berkaitan.

Sumber : Melaka Hari INi

Alhamdulillah kenyataan yang cuku mengembirakan kepada rakyat Melaka. Tak perlu berasa risau untuk persediaan di Hari Raya nanti. Tapi jangan pula membazir air dan kena juga berjimat cermat.

Tags:,

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *