Bazar Ramadhan Taman Cempaka

Setiap kali menyambut Ramadhan, tentu ramai yang berfikir tentang Syawal. Di bulan Ramadhan menjadi satu bulan yang ramai orang mencari peluang untuk berniaga. Ketika menjelang syawal, banyak tempat menjual pelbagai jenis makanan serta pakaian persiapan untuk menyambut syawal. Di Melaka juga terdapat banyak pasar raya besar yang menjual pelbagai jenis pakaian dengan pelbagai jenis fesyen. Selain di  gedung membeli-belah, orang ramai juga boleh memilih pakaian di bazar-bazar ketika Ramadhan ini.

Salah satu bazar yang terkenal di Melaka ialah bazar Ramadhan Taman Cempaka. Bazar Taman Cempaka terletak di Taman Cempaka. Ianya terletak kira-kira 30km dari to layer keroh. Bazar ini dibuka seawall pukul 3 petang. Pada pukul 3 petang sehingga selepas berbuka, bazar ini hanya menjual juadah berbuka puasa dan selepas waktu maghrib, bazar ini akan berubah menjadi tempat menjual pakaian, kuih-muih raya dan pelbagai jenis barangan lagi. Salah satu perkara menarik tentang bazar ini ialah peniaganya melakukan system “rotation”, siang berniaga makanan dan malam pakaian. Kedudukannya yang strategik menyebabkan ramai orang dalam dan luar Melaka mengunjunginya. Bazar ini terletak berhadapan dengan terminal bas utama Melaka, Melaka Sentral dan juga berdekatan dengan Tesco dan AEON Melaka.

Orang ramai boleh meletakkan kenderaan di Melaka Sentral ataupun di Tesco kerana terdapat jejantas bagi memudahkan orang ramai melintas jalan. Ketika siang, pengunjung dapat memilih untuk membeli juadah berbuka puasa. Terdapat pelbagai jenis kuih-muih tradisional yang dijual disini. Selain itu, terdapat pelbagai jenis minuman yang mungkin anda tidak pernah rasa dijual di sini. Pelbagai jenis nasi dan lauk pauk dari masyarakat utara, selatan dan timur ada dijual disini. Oleh itu, anda tidak perlu bersusah ke negeri-negeri terbabit untuk merasai masakannya.

Ketika malam pula, bazar ini menjual pelbagai jenis pakaian dari T-shirt, baju kurung dan baju Melayu. Terdapat pelbagai jenis warna dan pelbagai rekaan terkini yang dijual sesuai untuk beraya. Terdapat juga tudung yang mempunyai pelbagai fesyen dan corak yang menarik untuk dipilh. Selain pakaian; jam,jeans dan mainan kanak-kanak juga ada dijual disini dengan harga yang berpatutan.  Terdapat juga peniaga yang menjual binatang peliharaan seperti hamster dan juga arnab di bazar ini. Tidak seperti pasar raya yang menjual barang dengan harga tetap, di bazar ini anda boleh tawar-menawar dengan peniaganya. Sekiranya anda bijak menawar, mungkin anda akan dapat membeli barang dengan harga yang cukup murah.  Pada malam raya, kebiasaannya peniaga-peniaga akan menjual barangan secara borong dan ketika itu ramai orang berpusu-pusu ke bazar ini.  Jadi, sekiranya anda ingin mengunjungi bazar taman cempaka ini, datanglah ketika hari tidak cuti kerana pada hari cuti jumlah pengunjungnya sangat ramai dan anda mungkin tidak sempat untuk membelek barangan kegemaran anda terlalu lama. Sekiranya anda mempunyai masalah seperti dirompak dan sebagainya, pasukan Rela ada ditugaskan untuk menjaga keselamatan pengunjung.

Datanglah ke lokasi ini untuk mendapatkan barangan pada harga yang murah terutama pada malam hari Raya. Pasti anda akan teruja melihat harga yang ditawarkan pada hari terakhir itu.

One Comment

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *