Bas Percuma di sediakan di Melaka

Satu lagi inisiatif baharu yang diperkenalkan oleh kerajaan baharu Melaka. Perkhidmatan bas percuma akan diperkenalkan di Melaka mulai 20 Ogos ini kepada pemegang MyKad serta Mykid.
Berita ini disampaikan oleh EXCO Kerja Raya, Pengangkutan dan Kemudahan Awam Negeri, Mohd Sofi Abdul Wahab pada sidang media di pejabatnya di Seri Negeri.
Menurutnya, pelancaran perkhidmatan bas percuma itu akan disempurnakan oleh Ketua Menteri, Adly Zahari bagi mencapai objektif memberiakn kemudahan dan keselesaan kepada rakyat selaras dengan pembanguna pesat dan peningkatan penduduk di Melaka.
Menariknya ia juga memberikan kemudahan ini kepada seluruh rakyat Malaysia menikmati perkhidmatan ini. Ia sekaligus dapat membantu mengurangkan kesesakan terutama di lokasi tumpuan pelancong.

Menurut Sofi, perkhidmatan bas percuma itu akan meliputi laluan Melaka Sentral, Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Hospital Melaka dan Pasar Awam Bachang setiap hari dari jam 8 pagi hingga 6 petang.
Bagi warga asing yang menggunakan perkhidmatan tersebut, kerajaan negeri akan menyediakan mekanisme khusus bagi mengenakan kadar tambang bas khusus kepada mereka.
Sebagai permulaan sebanyak tiga bas bercirikan identiti Melaka menggunakan NGV digunakan sepanjang laluan dengan kekerapan setiap 40 minit.
Masalah kekurangan bas Panorama Melaka yang sering menjadi luahan pada penduduk akan cuba ditambah melalui pelantikan tiga rakan strategik bas baharu bagi menambah kekerapan jadual laluan perkhidmatan awam itu di seluruh negeri ini.

Semoga dengan penyediaan bas percuma ini juga dapat mengurangkan kesesakan laluan di bandar Melaka. Penggunaan perkhidmatan bas percuma ini juga dapat membantu rakyat Melaka amnya mengurangkan kos perbelanjaan harian kerana dapat mengurangkan penggunaan kenderaan sendiri.
Ini sekaligus dapat membantu mengurangkan pencemaran alam di negeri Melaka selaras dengan konsep Melaka ‘Pintar, Hijau dan Bersih’. Semoga inisiatif ini mendapat sokongan para penduduk dan pelancong negeri Melaka.

Selain itu, perhentian bas Melaka Sentral juga perlu ditambahbaik selaras dengan negeri Melaka yang semakin maju. Melalui pengurusan baharu diharap akan berlaku transformasi pada kemudahan di Melaka Sentral. Bagi perkhidmatan bas awam itu, mungkin para pengguna boleh mendapat maklumat seperti terdapat aplikasi bagi memudahkan mereka untuk menaiki bas. Mungkin pengurusan bas boleh membuat sistem seperti Grab dimana para pengguna bas boleh mengetahui lokasi bas dan sudah boleh merancang waktu sesuai untuk menunggu bas. Pihak Kerajaan Negeri juga perlu melakukan tambahbaik bagi perhentian bas yang sudah usang dengan menambah ciri-ciri moden bagi memberikan ruang dan keselesaan kepada penumpang bas. Sekiranya pengangkutan awam percuma ini berjaya dilaksanakan dengan baik sudah pasti negeri Melaka akan menjadi contoh kepada negeri-negeri berdekatan dalam melaksanakan pengangkutan awam yang berkelas tinggi.

 

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *