Amverton Heritage Resort – Dahulu dikenali sebagai Puteri Resort

Melaka memang terkenal dengan pusat pelancongan dan pada tahun 2017 lebih dari 16 juta pelancong telah melawat negeri Melaka. Disebabkan itu banyak hotel yang mendapat impak positif dari kedatangan pelancong samada tempatan mahupun dari luar negara.  Sekiranya anda datang ke Melaka melalui lebuhraya Ayer Keroh pastinya anda akan nampak satu lorong simpang selepas Petronas Ayer Keroh. Tahukah anda bahawa di lorong tersebut terdapat resort yang cukup dikenali satu ketika dahulu iaitu Puteri Resort Ayer Keroh, Melaka.

Kini, pengurusan baharu telah mengambilalih pusat kediaman tersebut. Penjenamaan baharu iaitu Amverton Heritage Resort Ayer Keroh ini telah diuruskan oleh Pembinaan Kesentosaan Sdn Bhd. Hotel yang terletak kira-kira 2 minit sahaja dari tol Ayer Keroh itu kini berubah dimana penginapan berkonsepkan Santai dan Nyaman. Dengan pembangunan Taman Tema, ianya memberikan sesuatu yang menarik bagi mereka yang menginap disini.

Rekaan dalaman biliknya ringkas dan mempunyai pemandangan menarik melihat kehijauan bukit dan pokok-pokok sekitarnya. Dengan suasana itu pastinya memberikan udara yang segar dan nyaman bagi pengunjungnya.

Bangunan yang masih mengekalkan ciri-ciri klasik ini mengandungi 3 tingkat serta mempunyai 212 bilik serba lengkap dengan 3 kategori iaitu Deluxe Room, Family Room dan Junior Suite. 175 buah bilik jenis Deluxe Room dengan luas 22 meter persegi ini boleh memuatkan 2 orang dan pilihan katil single ataupun king.

Bagi bilik Family Room pula, terdapat 24 bilik dengan keluasan 26 meter persegi dan mampu menempatkan 4 orang dalam satu masa. Ianya dilengkapi dengan 2 buah katil besar bersaiz king dengan disediakan pilihan katil tambahan.

Bagi kategori bilik Junior Suite, terdapat 13 bilik dengan keluasan 31 meter persegi dengan kemudahan katil bersaiz king.

Hotel ini juga menyediakan kemudahan wifi percuma, tv kabel, mini bar dan bilik mandi yang mempunyai pancuran mandian dan tab mandi serta kelengkapan minuman seperti kopi dan the.Setiap bilik mempunyai balkoni bagi memberikan perspektif menarik bagi pengunjungnya.

Ruang tempat letak keretanya juga luas dan tidak menjadi masalah bagi para pengunjung untuk meninggalkan kenderaan anda. Menariuknya, terdapat taman tema air yang disediakan khas untuk in-house guest terutama bagi kanak-kanak. Selain taman tema air terdapat juga aktiviti lain yang sesuai untuk kanak-kanak seperti Kid’s Fun Zone, Mini Children Dry Park, Kid’s Game Room dan ATV kanak-kanak.

Bagi tetamu dewasa, terdapat kemudahan yang membolehkan dilakukan aktiviti seperti memanah, paintabll battle field, paintball shooting range, memancing, ATV, kolam renang, gymnasium, pool table dan football table. Ini bagi memberikan keselesaan pengunjung tanpa perlu keluar dari kawasan resort.

Amverton Heritage Resot juga mampu menampung sehingga 600 orang dalam satu-satu masa. Terdapat dewan besar, bilik mesyuarat, bilik perbincangan, ianya memberikan kemudahan yang lengkap bagi organisasi mengadakan sebarang aktiviti di sini.

Bagi menikmati juadah, terdapat kelengkapan outlet iaitu Dayang Coffee House dan Splash and Dash dimana anda boleh memilih samada kawasan terbuka ataupun di kawasan berhawa dingin. Makanan yang disediakan samada makanan tempatan mahupun barat pasti menaikkan selera anda.

Bagi anda yang ingin datang ke Melaka serta mendapatkan percutian yang tenang, Amverton Heritage Resort mungkin boleh  menjadi pilihan anda. Terletak di kawasan yang strategik namun terpisah dari hiruk pikuk kota merupakan penyebab untuk anda memilih hotel ini.

Untuk keterangan lanjut sila ke alamat berikut :-

AMVERTON HERITAGE RESORT AYER KEROH

Jalan Puteri Resort 1, Ayer Keroh

75450 Melaka

Tel : 06-2323333

Fax : 06-2315868

Website : http://amvertonheritage.com

Facebook :https://www.facebook.com/amvertonheritageresort/

 

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *